Sponsored Link

Monday, July 30, 2012

Dingin & Asing

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...

Hmm..ya dingin dan mengasingkan diri...
Sukarnya untuk melakukan bila hati sebenarnya tidak mahu...
Tetapi hanya kerana perlu, ya perlu untuk kebaikan saya...
Kalau tidak...entahlah...

:(.....

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Thursday, July 26, 2012

Sabar, Sabarlah Wahai diriku...


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...


Saya: Tatkala hati rasa marah, bukan pada sesiapa, malah lebih rasa marah pada diri sendiri, ya hanya pada diri sendiri...Ya Allah kurniakanlah kesabaran yang hakiki pada hambamu ini...


Tika mencuba untuk bersabar pada saat keadaan sekeliling menuntut diri untuk marah, kita berlawan dengan nafsu, akal waras dan iman;

NAFSU: Kau perlu marah! Dia dah melampau! Jangan sampai dia pijak kepala kau!
AKAL WARAS: Kalau nak marah, marahlah. Tak marah pun tak apa. Mana yang terbaik untuk kau, buatlah.
IMAN: Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan keimanan seseorang mukmin itu dinilai apabila dia mampu mengawal dirinya semasa marah. Tak payahlah marah. Allah tu Maha Adil. Dia mendengar doa hamba-hambaNya yang dizalimi. Ada hikmah semua ni terjadi. Allah nak kau jadi lebih sabar. Sabarlah ya. Makin sabar, makin Allah sayang :)
oleh

Sharifah Norhadizah binti Sayed Adam merupakan seorang hamba Allah yang serba lemah. Beliau berkongsi karya di http://sharifahnorhadizah.blogspot.com

Saya: Marilah bersabar dalam bersabar, terima kasih ya ukhti kerana sudi berkongsi...:), tiada siapa yang akan kata manusia tidak akan diuji, life was never meant to be easy.


Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w junjungan kita yang mulia, dan juga sebaik-baik manusia yang pernah ada pun diuji oleh Allah s.w.t dengan ujian yang lebih berat apatah lagi kita manusia hamba Allah yang hina ini...


sememangnya kita patut didatangkan dengan ujian...jangan kerana baik atau jahat seseorang itu kita kata seseorang patut atau tidak dapat ujian, kerana semua sememangnya patut diuji regardless who they are....


dan sudah pasti setiap ujian yang ditimpa pasti kita boleh hadapi dan mampu menghadapinya...
walaupun penat letih dan merungut, 
walaupun kamu sudah jemu apa yang dikatakan oleh orang lain supaya disuruh bersabar namun sememangnya ia tetap benar...
memang kena bersabar dan sememangnya pasti kamu boleh hadapinya!


Ya Allah maafkan hamba mu yang tidak sempurna...



 Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Wednesday, July 25, 2012

Salam Ramadhan 1433/2012

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim... 


Salam kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian, Alhamdulillah sudah 5 Ramadhan, agak lewat saya mengucapkan ya...semoga Ramadhan kali membawa seribu rahmat untuk kita semua. 


Semoga hati terbuka untuk keinsafan dan terus tawadhuk kepada mu, insya Allah. DAn semoga jalan-jalan dan pintu rahmat, dan rezeki untuk kami semua Ya Allah...insya Allah.


Insya Allah...


p/s: Hmmm seperti tak tau nak kata apa,sebenannya ada aje entry yang saya tulis tetapi...entahlah hati dan minda lebih menyatakan tidak perlu biarlah dulu...:(


Terasa kekurangan saja dalam menyambut Ramadhan kali ni, ya...sungguh rasa bersyukur...namun hati ni sentiasa sedih bila terkenangkan padanya...:(...terasa mampu tak nak meneruskan apa yang arwah selalu lakukan, dan sememangnya dia pernah bepesan pada diri ini, Ya Allah, aku hanya lakukan apa yang mampu...insya Allah...



 Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Wednesday, July 18, 2012

Pesan Arwah Ayah 1


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...



Sebelum subuh hari ini, Alhamdulillah rezeki Allah beri saya terjaga awal dinihari terus ke subuh, dan saya lakukan apa-apa yang patut, terbangun dan terjaga, saya terkenang pada emak dan arwah ayah...hanya terkenang...kalau dengan emak biasanya dia mendengar rintihan anaknya dan sokong sebaiknya apa yang saya lakukan saya, kalau arwah ayah saya pasti ada pula cadangannya dan kritikannya...saya yang berada dalam yang memerlukan panduan dalam mencari arah kehidupan, sedikit terumbang ambing ketika ini...



Kadangkala terfikir betulkah apa yang saya sudah lakukan?
Adakah itu jalan yang terbaik?
Ya biarpun sudah buat keputusan, masih ada rasa was-was...
Though I must keep in mind that there is no turning back!!!
Perasaan bimbang masih ada...saya hanya manusia biasakan?
Bagaimana pembaca yang saya kasihi sekalian? Adakah kamu seorang yang luar biasa?
Itu perlu kamu jawab dengan sendiri...^__^



Apapun saya nak kongsikan di sini, teringat salah satu pesan ayah, ayah saya bukan sekolah tinggi sampai sekolah rendah sahaja, tetapi masih boleh mendidik kami dengan secukupnya, ya apa yang kami perlukan tidak pernah memberi apa yang lebih, manusia perlu belajar berdiri dengan sendiri...
Maaf pembaca jangan salah sangka, arwah ayah juga bukanlah ahli falsafah yang boleh mengeluarkan kata-kata yang luar biasa, dia hanya berpesan biasa-biasa sahaja...



Teringat pada raya tahun 2006,
Dia bukanlah bercakap dengan saya, tetapi saya ada waktu tersebut mendengar,
Waktu itu dia berborak dengan ayah harith (bapa saudara sepupu saya)...
(ayat-ayat dibawah sudah diubah jadi ayat biasa, takut letak loghat Chenor tak fhm laks) :D



Arwah Ayah: Harith, manusia ini tidak akan pernah puas dengan apa yang dia ada, kalau kite rasa gaji RM 2,000 tidak cukup, kita akan kata nanti kalau dapat gaji RM 4,000 cukuplah. Betulkah?
Tidak, memang tidak! Tidak akan cukup, mereka akan cari lagi. Kalau orang itu ada gaji RM10,000, rasa cukup, tidak jugak sebab pada waktu itu kehendak dan keperluan pun bertambah, sama juga orang dah ada RM 1 Juta, ingat mereka akan kata cukup, TIDAK!..Mereka akan cari lagi kekayaan hingga ke akhirnya...



Ayah Harith: Tidak pernah cukup kan bang, hatta ada harta berjuta-juta pun tidak pernah akan puas, itulah manusia...



Arwah Ayah: Bukan harta aje, Sama juga dengan perkara-perkara lain...hati yang tidak pernah puas, tiada pernah rasa bersyukur...Tidak salah manusia berusaha untuk mencari kejayaan cuma jangan sampai berhambakan duit sahaja...



Saya hanya mampu mendengar, terasa nak nangis kerana waktu itu saya melakukan kerja yang tidak sepatutnya, sangat muda, terlalu mentah cepat percaya pada orang, maklumlah fresh graduate, keje marketing pun sanggup buat...tak tahu arah tuju lagi...tahu waktu itu macam arwah ayah tidak setuju dengan kerje saya buat, tetapi saya buat jugak....tetapi dengan cara halus dia bagitau...lepas dah kena sendiri baru tau, kasihan pada sepupu...dia menjadi mangsa saya...



Anyway sebab itu saya sangat hargai bila saya dapat berkerja di tempat sekarang, rasa susah nak bergerak. Di saat rakan-rakan yang lain masih mencari kerja saya mendapat kerja yang tetap. Pada masa itu sangat seronok, enjoy kerja, rakan sekerja yang sangat best waktu itu, jumpa sahabat dunia akhirat....dan mengajar become my Passion!!!...

tetapi sekarang entahlah...saya sedaya upaya lakukan terbaik...saya pun tidak tahu nak cakap dah...saya lebih suka diamkan aje...bila dah sampai masanya, Insya Allah. Moga-moga Allah permudahkanlah...



Pesan arwah ayah ini, membuatkan saya tidak berkira, kerja bukan kerana duit, hidup ini objektifnya bukan hanya kerana kekayaaan. Dan ibarat Robert Kiyosaki berkata "Belajarlah bekerja ibarat kamu tidak memerlukan duit langsung, dan kamu akan menjadi terbaik dalam apa yang kamu lakukan, dan apabila itu berlaku...!" Ya macam mana tu, fikirlah sendiri, saya pasti pembaca mampu berfikir sendiri!



Bila kita tengah melakukan sesuatu buatlah seikhlas hati, jangan buat kerja separuh jalan, sekiranya tidak dapat memenuhi tanggungjawab tersebut dan tidak mahu, terus menolak sahaja atau berhenti melakukan sahaja.

Jangan buat separuh jalan atau tidak ikhlas.

Tidak perlu kata lebih, hmm, namun biasalah penulis pun manusia biasa sahaja...tercakap jua...

Penulis kena belajar berkata tidak, jangan pandai terima sahaja. Kejadian Ahad hari tu bawak jadi pengajaran.



Akhirulkalam, pesan arwah ayah saya akan ingat sampai bila-bila, buat saya fikir biarlah tidak kaya tetapi janganlah sampai kedana, Insya Allah rezeki itu tetap akan ada bila kita berusaha, tawakkal, dan berdoa. Ingatlah kita adalah umat Nabi Muhammad s.a.w, dan kita adalah Ummatan Wasatan, insya Allah.



Wallahu'alam Bissawab, Wassalam.

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Tuesday, July 17, 2012

Dilanggar Garuda :D


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...


Sejak dua menjak ofis ku kini seperti dilanggar garuda...
hahaha ya macam garuda jika garuda itu wujud...
hmm...sesak dengan barang-barang, sesak dengan manusia...
sesak dengan habuk dan macam-macam lagi...
sesak dengan ketidak pandaian manusia mengatur sesuatu, pakai taram aja...

Tapi sekarang, Alhamdulillah hari sudah makin bertambah baik, sudah selesa,
insya Allah akan bertambah baik...

Walaupun dalam pada masa yang sama ada berita yang sedih yang tidak disangka...
bersabarlah wahai sahabat, kamu adalah insan terpilih untuk menghadapi cabaran ini...
Alhamdulillah, semamngnya ada hikmahnya suatu hari nanti, Insya Allah.
Ingatlah Allah tidak akan menguji hambanya dengan sia-sia...
Saya sentiasa ada disisi kamu, dan menyokong sahaja keputusan kamu,
semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik untuk kamu..Yarabbalamin...


Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Friday, July 13, 2012

Selamat Pagi Jumaat, July 2012


Budak Pandai yang Pelat ^_^
 Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat pagi Jumaat, sempena jumaat yang berkat ini semoga membawa keberkatan kepada semua muslimin dan muslimat serta mahkluk Allah sekalian Alam…
Ya Allah hapuskanlah segala kedukaan, kebencian, kemarahan, kemalasan, tamak, cemburu dan sikap putus asa dalam diri ini…
Ya Allah ya tuhanku penuhkan diri ini dengan sikap penyabar, rasa qanaah, rajin berusaha, dan bersihkanlah dan terangkanlah hati ini Ya Allah…penuhkan dengan sifat mahmudah Ya Allah dalam diri ini...
Ya Allah yang maha pengasih maha penyayang maha pengampun, hamba Mu yang dhoif ini memohon padamu…

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, maka dekatkanlah…

Ya Allah,Ya Allah yang maha pengasih maha penyayang maha pengampun hambamu yang kerdil ini memohon ampun atas segala dosa-dosaku, terimalah taubatku. Ampunkan hambamu yang hina ini yang sentiasa melakukan kezaliman terhadap dirinya…

Ya Allah Ya Allah yang maha pengasih yang maha penyayang yang maha pengampun ku mohon agar diberikan kemudahan untuk hari esok biarpun hari esok yang masih belum pasti, hambamu tetap ingin memohon. Sekiranya perkara itu adalah yang terbaik untuk diri ini didunia dan akhirat maka permudahkanlah, kurniakanlah kejayaan dan permudahkanlah diri ini menghadapi kesukaran…

Hamba Mu ini mempersiapkan diri dan berusaha setakat mana diri ini mampu, setakat mana diri ini boleh, Ya Allah ya tuhanku…

Sesungguhnya setiap kesukaran itu datang dengan kemudahan dan setiap kemudahan itu datang jua dengan kesusahan…maka kurniakanlah kesabaran terhadap hamba Mu ini…

Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh…

Yaraballamin…

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Thursday, July 05, 2012

Saya nak 'kata' sikit boleh? ^__^



Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...

Agak lama tidak post entry yang berjela tentang personal..selalu dulu ada aje meluahkan perasaan di hati, entah kenapa agak kurang, mungkin juga sebab saya sendiri yang menahan diri dan juga mengurangkan...:)
pada pendapat saya kadang kala apabila kita terlalu bercakap atau sentiasa bercakap ketidakpuasaan hati sendiri dan kesedihan di hati, maka perasaan itu akan makin bertambah-tambah...ada lebih baik jika saya mendiamkan diri ^_^...ya diam itu lebih baik...takut-takut akan terasa kufur nikmat...syukurnya sangat kurang tetapi mengeluhnya banyak...Ya Allah ampunkan hamba Mu ni...

Oh ya apa yang saya nak cakap ni, ya tentang minggu lalu, Alhamdulillah sabtu yang lepas, sudah selamat buat tahlil untuk Arway ayah sekali lagi...sudah lama tidak buat lagi pun bila nak menjelma bulan puasa ni sememangnya Emak sudah berniat untuk kenduri tahlil...Alhamdulillah ia berjalan lanjar, harap-harap ia membawa keberkatan pada semua yang hadir. Terima kasih kepada setiap yang hadir...

Ada adik sepupu saya menegur, "hmm sudah setengah tahun kan? Saya termenung sejenak...a'ah...bila tidak dikira hari ia...rasa baru perasan...sudah hampir setengah tahun...dia kata lagi " cepatnya masa berlalu"...ya sangat cepat...sebak bila terkenang balik...Ahadnya pula saya, emak dan abg pa pergi melawat kubur...aduish sungguh saya bukan setabah mana saya sangka...saya tidak mampu nak duduk lama jua...Aah...harus jangan menangis kelak ia akan menambahnya seksanya...Ya Allah berikanlah kekuatan dan kesabaran kepada hamba Mu ini...Anakanda mu ni malu tuk berjumpa kerana ankanda masih belum sempurna menjadi anak yang soleh untuk mu...ya masih gagal lagi... :(

Sudah cukup Sudah....^_^

Hmm cukuplah...oh ya penulis sekarang perasan, kebanyakan kenduri tidak dapat hadir, maafkan saya saya sungguh tidak dapat menghadirkan diri, ada kenduri di kampung yang perlu diutamakan...emak kata iya kenduri kawan penting...tetapi kenduri saudara mara lebih penting lagi...^_^..lagipun atas kewajipan saya lebih perlu pulang ke kampung selagi mana saya mampu dan saya boleh..ya mana tau nanti saya tiada peluang lagi kelak...ya mungkin Insya Allah...kerana mungkin keutamaan yang lain pula...sudah tentu... :)

Sudah cukup Sudah...^_^

Oh  ya, terima kasih pada Cik aja kita kerana dia saya dapat memotong seluar...hehe al-maklumlah saya ni "tinggi" orangnya...hehe...murahnyer auntie Yoke Mui tu kenakan bayaran...ahakkks...I LIKEEEE...

Ya saya mahu cakap sikit lagi...tentang Nisfu syaaban...semalam malam yang ke 15, Salam nisfu syaaban pada para pembaca yang saya kasihi sekalian...saya sudah postkan article mengenai nisfu syaaban...dan sudah tentu saya tidak akan ulang lagi...cuma ada sedikit kesal...tetapi ustaz kata tidak kenapa kerana ia bukan wajib...hehe ada aja alasan...Emak ada berpesan jangan lupa baca Yaasin 3 x..tetapi saya hanya sempat baca satu kali sahaja semalam...^_^...ampunkan anak mu ini...saya pergi hadiri benda lain pulak...kukuikui...maafkan anakmu ini tidak sebaik mana, maafkan anakmu ni masih keluar malam-malam...hmm...apa-apapun terima kasih sahabat ye...mungkin lain kali takde peluang dah saya nak pergi...^_^...sangat saya hargai....maafkan saya juga kerana ada menyusahkan sahabat...huhu...pertama kali saya dapat lihat teater dari luar negara...besh...saya suka walaupun tak berape paham doh...^__^

Sudah Cukup sudah...^_^

Dan apalagi ya...oh ya...dinihari tadi berjaya setelah sekian lama ditinggalkan...sangat lama saya kira tidak melakukan, sangat lama...sungguh rezeki saya yang Allah berikan kekuatan..tidak mahu dikatakan waktu sedih sahaja...setiap hari saya cuba tetapi tidak berjaya...malas dan mengantuk lebih menguasai diri...sikit sedemi sedikit...bukan kuantiti tetapi kualiti...biar sedikit asalkan berterusan..Ya Allah permudahkanlah jalan kejayaan untuk hamba Mu ini...:)

Cukup cukup Sudah...:)

Dan lagi...ya Alhamdulilah, jalan-jalan ada yang telah ditunjukkan...cuma saya sahaja yang perlu berusaha sedaya yang mungkin...jangan tidak mencuba sahaja...berjaya atau gagal itu adalah hak Allah s.w.t...ada rezeki tiada kemana...^_^...cuma ia  tidak akan datang bergolek-golek tanpa usaha...Betul Tak? :)

Okaylah, para pembaca sekalian (hehe kalau ada yang baca pun), Insya Allah, Akhirulkalam sehingga waktu lain...Semoga hari ini lebih baik dari semalam ^__^

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Tuesday, July 03, 2012

Qoutes of the day: Knowledge



Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...

"A little knowledge that acts is
worth infinitely more than much
knowledge that is idle."
~Khalil Gibran~


Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri,
Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.


Author: Let us become the doers rather than become those who are not!!!

My Babbling

Advice (32) Akhlak (42) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (15) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (19) Dua' (14) Education (54) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (77) My Reading (42) My Stories (224) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (16) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (28) Tarbiyah (120) Tazkirah (109) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)