Sponsored Link

Monday, December 03, 2012

Secara Rasmi, Saya Sudah Bebas :)


Auzubillahi minas syaitanir rajim Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum...

Selamat Pagi Semua, Semoga Berada Dalam Sihat Sejahtera,

Alhamdulillah. Secara Rasmi saya seorang pengganggur. ^_^

Ditanya apa perasaan....bercampur baur....semua rasa ada.

Insya Allah, jangan risau rezeki ada dimana-mana dan telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Nyamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannya suasana pagi di kampung :)

Okay nak pergi buat breakfast, buat nasi goreng kampung....

^_^...chow dulu, mak dah bising...

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Saturday, November 24, 2012

Salam 10 Muharram 1434: Hari Asyura

Auzubillahi minas syaitanir rajim Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... 

http://muslimagnet.tumblr.com/

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Love for the sake of Allah.

Auzubillahi minas syaitanir rajim Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... 

http://islamreflection.tumblr.com/post/36285429945

 Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Wednesday, November 21, 2012

Pray For Gaza

Auzubillahi minas syaitanir rajim Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... 

http://islamic-quotes.com/


The world pretend to not see all the crimes, But Allah does . PRAY FOR GAZA



Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Today Islamic Qoute: Repent (Taubat)

Auzubillahi minas syaitanir rajim Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... 

http://instaislam.tumblr.com/post/34665073574
'Say, “O My servants who have transgressed against themselves [by sinning], 
do not despair of the mercy of Allah . 
Indeed, Allah forgives all sins. 
Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful.”
 - Surat. Az-Zumar, verse 53


Penulis: It is never too late, and be late rather than never!

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Irama & Lagu: Separuh Akhir Muzik-Muzik 27


Auzubillahi minas syaitanir rajim Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... 

Salam buat pembaca sekalian, harap berada dalam keadaan yang baik sahaja...:)

Hmm, akhir-akhir ni saya rajin plak post entrykan, hmm dan kdg2 tajuk pun rase cam ntah ape...dan segala jenis topic saya keluarkan...hmm ni tajuk muzik-muzik pulak...aduyai...

Maafkan saya...maafkan saya...maafkan saya...saya hanya perlu lari dari asyik menulis tentang....???????????

Dan apa yang pasti bila makin kerap saya membebel dalam ni, maksudnya saya dalam keadaan tertekan benarnya...ya...entahlah tidak tenang, banyak yang saya tengah fikirkan, nampak tak risau, tetapi risau sebenarnya...hmm....wahai hati tenteramlah kamu...

Ya hati tak tenteram benarnya. Sebab itulah dulu saya pernah kata first dolu-dolu sebab saya menulis ni, sebagai ganti journal saya...tulis dalam diari...dah penat dan malas...saya taip pulak dalam alam maya ni...hmm...

Anyway, kenape tibe-tibe boleh tulis pasal ni, sebab malam Ahad lepas dapat tengok separuh akhir yang kedua di Tower dengan Cik Zizah kite...^_^...tu yang terfikir nak tulis...tentu ada para pembaca rasa tak pentingkan?

Malah ada masalah yang lagi besar melanda di dunia sekarang...Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah....ya di Gaza....

Sedangkan saya membebel tentang duniawi...Astaghfirullah...maafkan hamba  Mu ini....ampunkan saya.... :(......STOP!!!

Apa nak jadilah kan saye ni?...hmm anyway anugerah juara lagu ni, rase saya memang selalu follow dari dulu lagi...

Sedar tak sedar, Anugerah juara lagu 27 menjelma pulak, saya rase macam baru aje tengok lagu Awan Nano menang awal tahun lepas di AJL 26...huhu...sukaaa saangat!!!....:)

Saya tak kata apa-apapun, sebab waktu itu masih takde mood malas nak update apa-apa kat blog ni...

So tahun ni, lagu apa saya aim, hmm...tak tahu! banyak juga lagu yang best, tapi biasa-biasa sajelah, cume harap teman pengganti dapat masuk...hehe...jom tengok senarai lagu separuh akhir (thanks to abang nara)


11 November 2012 (Ahad) – Separuh Akhir 1
Cerita Dia (Drama Band) – Ammar Habir & Aepul
Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan*
Watak (Hafiz) – Aidit Alfian & AD Samad*
Aku Datang (Tomok) – Tomok & Rafidah Abdullah
Aku Suka Dia (Ainan Tasneem) – Ainan Tasneem
Pelangi Senja (Stacy) – Taja & Tun Teja*
Jerrypah (Aizat Amdan) – Anas & Aizat Amdan
Majnun (Hazama) – Audi Mok & Omar K
Pencinta Terbaik (Sofaz) – Edry Abdul Halim
Kasanova (Stacy) – Edry Abdul Halim*
Biar Sampai Ke Bintang (Asmidar) – Ajai/ Ahmad Farid Abdul Jalal*

• 18 November 2012 (Ahad) – Separuh Akhir 2
Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat*
Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai*
Angkasa (Diandra Arjunaidi) – Diandra Arjunaidi
Tanpamu (Amir Jahari) – Amir Jahari*
Sesaat Kau Datang (Ramlah Ram & Sleeq) – ID Mifzal & Zie Syafruddin
Ombak Rindu (Hafiz & Adira) – Zaidi*
Terlalu Mencintaimu (Suki) – Ajai & Jeremy Chong
Beginilah Caranya (Shaheizy Sam & Yana) – Ajai
Tapi Bagaimana (Spider) – Tam Spider & M. Nasir*
Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor) – Edry Abdul Halim
Lagu (Bedroom Sanctuary) – Bo Amir Iqram*

• 25 November 2012 (Ahad) – Separuh Akhir 3
Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique
Harapan (Hyper Act) – Hyper Act & Frozen
Panik (Bunkface) – Sam Bunkface
Simetri (Hazama & Amy Search) – Audi Mok & Zel Firdhaus Haduan
Mesti Ada Cinta (Akim & Fiq) – Kuncidemak
Andaiku Bercinta Lagi (Mojo) – Edry Abdul Halim
Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah
Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai

Hmm, yang bold tu antara yang saya suka lagunya bukan yang dapat masuk k final...:)... yang saya tanda dengan asterik (*) tu maksudnye terpilih untuk ke final...
tetapi lagu-lagu yang terpilih pun ni ada kemungkinan akan tersingkir sebab hanya 12 lagu aje akan berentap AJL 27...huhu nasiblah...
so tak kisahlah kan kan kan?....ada yang saya suka iramanya ada yang suka lirik, ada sebab vokalnya...hehe...tak kisah lah labu...janji boleh sampaikan dengan baek...
Apapun...Saya suka ke tak suka ke pun tak masuk peksa pun, tak ada kepentingan apa-apapun...huhu...
Penulis: Cukup Sampai disini sahaja...sebelum saya tambah mengarut disini...^__^
Jaga Diri semua, Wassalam...


Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Monday, November 19, 2012

On the near event.

Auzubillahi minas syaitanir rajim Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... 

Sometimes I feel that I underestimate my self too much, 

but sometimes I do overestimate myself too much...

I believe I can face this, I believe I can do this, I am strong. 

I had face almost similar event not long ago, well not really similar, but I could say so, may be.

So I know I can I do this, I must do this.

I have faith, yes faith...:)

Trust and Believe Allah, I know You would not let me down.

Hangin Tough!

Me: Happy, yes as long as the persons are happy, then I am happy. It doesn't really matter and I'm not a matter, yes never was. It's my own fault.

Feels like I'm Ready, Yes I am ready!


Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Buah Oh Buah! Musim buah Dah Tiba!


Auzubillahi minas syaitanir rajim Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... 

Salam Buat Pembaca, semoga berada dalam keadaan yang baik. Hmm..apa yang saya nak ceritakan kali ini...hehe, banyak pulak saya cite...:)...layan ajerlah kan...tak nak tak yah bace aje...hehe...

Musim buah sudah tiba, ya di kampung saya, kampung anda bagaimana?

Mungkin dah bermula, mungkin juga dah nak habis pun dan mungkin juga dah lama habis. hehehe...:)

Dulu-dulu biasanya, musim buah ni sangat di tunggu-tunggu, lebih-lebih lagi waktu cuti sekolah. Sekarang bagaimana? mungkin lebih banyak membeli.

Dulu-dulu seronok dapat kutip durian, kait pokok rambutan, pokok jambu putih, jambu merah, panjat pokok manggis, Panjat pokok? ye minta maaf...masa kanak-kanak saya memang suka panjang pokok dengan abg min...hahaha...see penulis bukanlah perempuan melayu terakhir...

Cuma sekarang dah tak mampu, huhu..badan berat...hehehe...

Hmm, Alhamdulillah, musim buah agak menjadi di rumah saya.

Area rumah di kg taklah besar, tapi adalah 2 3 jenis buah buahan, ada pokok durian, pokok rambutan, ciku, manggis, pokok pisang dan rambutan gading/kuning.

Arwah ayah memang suka berkebun, dia yang banyak tanam. Tetapi belakang rumah taklah besar sangat, sikit tu adalah.

Mak pun dulu suka dengan orkid dan bunga kertas, banyak yang ditanam, tetapi sekarang minat tu dah hilang, sama juga hilanglah pokok tersebut.

Dulu rumah ni,penuh dengan lengkuas, kunyit, serai...hmm tapi sekarang dah kurang. Mak lebih senang kalau beli aje...huhu...dia dah tak larat nak jaga...saya pulak jarang ade di rumah...harap yang lain pun takdelah...


Anak-anak buah takde tunjuk minat pulak untuk bercucuk tanam...huhu...

Berbalik semula mengenai musim buah, Alhamdulillah durian kali ini agak menjadi, minggu lepas balik, mak kata durian baru nak belajar gugur. Orang kata biasanya, kalau tuan meninggal...memang biasa buahnya akan lebat...hmmm...pembaca rase macam mane?...bagi saya memang sudah rezeki kan? tiada kaitan apa-apa.

Yang gugur ada yang sedap dan manis, ada yang tak dan tawar...banyak juga saya makan...huhu...

Sekarang mak tengah beriye buat tempoyak...nak simpan...yang tahun lepas dah habis....senang aje nak buat tempoyak...hehe...yang letih mengukut isi durian dari bijinye aje. Dah kukut, simpan dalam bekas, letak garam kasar secukupnya, simpan dalam peti atau letak diluar pun takde masalah.

Anyway, kalau ditepi jalan, kiri dan kanan, banyak buah-buahan dijual, dan sudah pasti tidak ketinggalan raja buah kita.

Ye yang sedap bagi saya tetap buah-buahan tempatan...huhu...

Okaylah...sampai disini sahaja, selamat menjamu selera dengan buah-buahan, jangan makan banyak sangat nanti boleh demam dan batuk...tambahan pulak musim hujan ni...

Sila enjoy musim buah di rumah atau di kampung anda okay di musim cuti sekolah ni...:)

Wassalam ^__^.

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Hari Semalam Dalam Sejarah, 2012.


Auzubillahi minas syaitanir rajim Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... 

Ya semalam dalam sejarah, agak terlewat saya post entry ni. Ingat nak post entry akhir, tapi tak sempat.

Apapun bila umur dah lanjut ini, tidak beberapa kisahpun. Tidak perlu berlebihan.

Apa yang pasti moga saya menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Alhamdulillah, ya Allah...jadikanlah hamba mu supaya sentiasa dalam keadaan bersyukur.

Dan semoga hari-hari yang mendatang akan lebih baik, Insya Allah.

Dan juga semoga kisah yang akan datang lebih baik dari yang dahulu.

Saya kongsikan doa untuk diri bila menyambut hari lahir.


"Ya Allah panjangkan la usia hambamu ini,
Agar lebih lama dapat aku mentaati Mu,
Pendekkan umurku dari kemaksiatan,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
Moga di akhirat kelak ku dapat mengutip hasilnya.

Ya Allah..tambahkanlah amalan ku disaat bertambahnya usiaku,
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menerangi jalanku,
Rehat ku adalah rantaian zikir
Rantai yang ku kalungkan pada leherku
Sebagai tanda cintaku kepadaMu
Ya Allah enkau tidak mensia-siakan segala usahaku
Mencari haruman syurga ciptaan Mu
Tempat rehat dan nikmat abadi...

YarabbalAminnn"

Insya Allah.

Penulis: Kalau ikut tahun Hijrah, akan jatuh pada...20 Muharram 1402...:)


Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Petai oh Petai!

Auzubillahi minas syaitanir rajim Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum...

Salam untuk buat pembaca sekalian, huhu berlainan betul tajuk entry saya kali ini.

Sebenarnya entry ni dah lama cuma tak dipostkan, saya ingat nak letak gambar, tapi biasalah kekangan oleh tiada camera. Maka saya postkan jugak akhirnya...

Maka saya mahu bertanya adakah pembaca makan petai? Saya pasti ramai yang tidak makan,dan ada juga yang makan. hhee...ikut selera makan sendirilahkan....yang pasti saya orang kampung...:)

Kalau tanya pakar masakan kalau petai ini dimasakkan dengan sambal ikan bilis dengan petai, sambal tumis udang/sotong/ikan bilis, gulai lemak ikan, asam tempoyak patin, masak tempoyak daun pucuk ubi, dan juga letak dalam sambal kulat sisir.....huhu memang sangat best. Letak dalam nasik goreng pun memang sedap...ikut selera masing-masing lah...makan petai rebus atau petai bakar pun best dengan nasik.

Tetapi biasalah, ada orang tak tahan dengan baunya bukan...air kencing pun akan berbau...well ada banyak cara yang kita boleh buat untuk hilangkan bau tersebut. :)...tetapi yelah dalam Islam benda yang berbau kuat ni, tak silap saya makruh...hmm...saya tak pasti, ni kena bertanya yang lebih arif, saya bukan Ustazah.

Petai juga ada banyak khasiatnya, hmm...yang pasti untuk pengalaman saya sendiri dia membantu penghadaman :).

Saya budak kampung ya tidak malu mengaku saya makan petai, hmm tapi saya hanya makan yang masak sahaja tak kisah dalam apa...cuma ulam petai yang mentah tak makan...:)

Nama scientific petai adalah "Parkia Speciosa". Ia juga dikenali sebagai pete atau petih disesetengah tempat. Petai juga boleh didapati Malaysia, Indonesia, Singapore, Laos dan juga beberapa tempat yang lain seperti selatan India dan selatan Thailand.

Beberapa minggu yang lepas, mak ajak pergi pasar Temerloh, nak cari petai katanya nak buat jeruk, lagipun tengah musim banyak petai. Hmm apa yang berubah bagi saya, harga petai memang bertambah mahal.

So apa yang nak saya ceritakan bagaimana proses membuat petai jeruk...hehe...maaf tiada gambar, yang pasti memang banyak sekali, berpuloh-puloh papan. So saya pun sebagai anak mithali (kononnya) tolong mak saya sikit-sikit...hehe

Anyway, memang senang aje nak buat...hehe yang penat adalah bila kena picit keluar biji petai dari kulitnya.

Petai Jeruk (Resepi Mak):

1. Rebus Petai dengan kulitnya sekali, bila kulitnya dari hijua terang tukar kepada warna hijau gelap sikit, boleh angkat. Setakat cukup masak, jangan terlalu lama nanti tak "crunchy".
2. Sejukkan Petai, dan tekan petai dari kulit sangat senang, dia akan terus keluar aje, jangan buang selaput putih tu. Buatlah sampai habis.
3. Then selepas siap picit keluar, basuh hingga bersih dengan air sejuk biasa, toskan sekejap bagi kering.
4. Lepas itu baru masukkan dalam botol yang bersih, letak garam kasar secukupnya dan biar semalaman. Tak perlu letak dalam peti sejuk. (dengan cara ini ia akan tahan lebih lama dan lagi sedap)
5. Keesokkan harinya baru masukkan air masak dan boleh letak dalam peti. So dalam sehari atau dua kemudian bolehlah makan.

Petai jeruk ni boleh tahan berbulan-bulan, kalau beli siap agak mahal, lebih berbaloi kalau buat sendiri, bukan susah pun. Sedap makan boleh kata sebagai pembuka selera. :)

Nak lagi best, bila keluarkan untuk makan, pecahkan lada kecik...fuh best.


Okaylah, sehingga waktu lain, wassalam.


Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Sunday, November 18, 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Auzubillahi minas syaitanir rajim ... Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum 

http://islamic-quotes.com/

Salam buat semua pembaca, harap masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat tahun baru walaupun hari ini sudah 4 Muharram 1434, moga-moga tahun ini akan lebih baik dari tahun lepas. Moga-moga kami semua menjadi hamba-hamba yang lebih baik dari tahun lepas insya Allah.

Penulis: Doa akhir dan awal tahun boleh klik disini (adalah lebih baik jika berdoa yang kita faham daripada yang tidak faham, kerana Allah lebih mengetahui)

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Hadith Pada Hari ini: Sedekah.

Auzubillahi minas syaitanir rajim Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim... 

Hadith :
Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “ Seorang lelaki berkata : “Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “ Telah diberi sedekah kepada pencuri.
Si pemberi itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina.
Orang tersebut berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya.
Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya : “Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
Sesungguhnya sedekah yang diberikan dengan niat yang baik akan diterima Allah walaupun tidak jatuh pada orang yang selayaknya.
Penulis: Sedekah apa-apapun dan pada siapa siapapun, tetap ada pahalanya, asalkan ikhlas kerana Allah taala. Insya Allah. 

Adalah amat penting bagi saya jangan pilih bulu, dalam apa jua keadaan, pilih kawan, pilih sahabat, berbaik dengan orang ke, apa-apa sahajalah...Insya Allah kerana Allah.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Saturday, November 17, 2012

Please Pray For Our Muslim Brothers and Sister at Gaza!

Auzubillahi minas syaitanir rajim ... Bismillahirrahmanirrahim... 
Assalamualaikum warahmatullah.

http://islamic-quotes.com/


Penulis: Saya hanya mampu berdoa untuk mereka, moga-moga Allah memberi perindungan dan kekuatan pada muslimin dan muslimat di Palestine, Insya Allah.

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Monday, November 12, 2012

Cuti Sekolah 2012 Sudah Bermula! ^__^


Auzubillahi minas syaitanir rajim Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim... 

Yeszaaaaaaa....cuti sekolah dah mula...bestkan adik-adik semua?

Bermula 10hb November 2012 hingga 1 Januari 2013...wah lama gitu...lagi lama dari tahun lepas...

Cuti sekolah amat dinanti-nantikan, kerana waktu inilah banyak ibubapa boleh luangkan masa dengan anak-anak. Adik-adik...hehe pasti yang tak sabar nak bercuti, balik kampung datok n nenek, dan tak juga lupa..memang ada yang akan ke kem kan?..hehe bagus untuk masa depan okay?...hargai waktu tersebut...

Cikgu-cikgi juga ada peluang untuk berehat selepas waktu persekolahan yang amat panjang, malah murid-murid pun ada peluang berehat....

Pasti ada banyak rancangan nak berjalan, saya pasti kebanyakan tempat peranginan akan sibuk...yep..rezeki  tuk mereka  kan.........Alhamdulillah.......

Saya dan keluarga juga, insya Allah ada juga plan. Hmm...tapi tak jauh sangat mungkin hanya ke Kuantan, bawa mak sekali...:)

Oh ya cuti sekolah juga selalu ada banyak musim orang kawen...hhehe...

Eh saya ke yang nak kawen?...ish taklah...hehe

Musim cuti sekolah adalah musim orang kahwin, banyak betul kenduri kendara kena hadir...tak tahu mampu ke tidak memenuhi jemputan...:)...ada jemputan saudara, ada jemputan kawen

Saya pun terima banyak jemputan, malah mula pada 10hb nov dah ade jemputan siap ada 2, yup our Solehah dan juga Aishah....saya dpt pergi ke kenduri solehah tapi kenduri Aishah tak mampu nak akak sampai...hehe..maafkan saya...bukan taknak pergi cuma tak mampu aje...:)...nanti akak bagi hadiah...

Terima kasih pada teman semua yang sudi menjemput ke walimatul urus masing-masing, kalau tiada aral melintang, Insya Allah saya pasti akan hadir...setakat mana yang saya mampu ada kelapangan dan boleh, saya akan pergi...^_^...

Kalau tidak dapat hadir, maafkan saya iye, nanti saya belikan hadiah okay :)

Hehehe, anyway, tak ketinggalan our family juga akan menerima ipar yang baru.......yipppeeeeeeeeeee....we have wedding this year in da family

dah lame family kami tak merewang kenduri ni kat Chenor ni, rase macam like 6 or 7 years ago kot....hohoho....masak sendiri okeh...huhu busy semacam nanti...no catering!!!

waduih...bleh pengsan kot...huhu...never mind...our big family is here...:)

Yep finally, abang sepupu saya yang bongsu akan berkahwin...hehehe....^__^...tahniah abang Adi, yes my big bro cousin Zainol Hadi is getting married.....all of us waiting for that....hmm...akibatnye...now saye yang kene usik pulak dengan anak buah...huhu

Anyway, Insya Allah kami sekeluarga akan mula sibuk start 20hb hingga 30hb Dis 2012 nanti...doakan agar segala-galanya berjalan dengan lancar...biarpun dengan musim hujan sekarang...^_^

Okay enuff bout that.........

Until next time okay...saya akan cerita lagi....

Wassalam..............^___^


p/s: Sungguh bahagia bila melihat muka mereka yang tidak sabar menanti hari bahagia mereka, yes, ada seri di muka mereka :) Ya Allah maka kurniakanlah kebahagiaan dunia dan akhirat pada saudara maraku dan sahabat-sahabatku ya Allah...dan moga-moga yang dirancangkan akan berlangsung dengan lancar, insya Allah....dan moga-moga ya Allah detik dan waktu itu juga akan sampai jua untuk diri ini juga, insya Allah...~saya yang masih sabar menanti~ ^__^

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Sunday, November 11, 2012

Cuti?Cuti?Cuti?...iye bercuti...:)


Auzubillahi minas syaitanir rajim Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...

Salam buat pembaca yang dikasihi sekalian.

Untuk kali terakhir saya kan bercuti dari tempat keje sekarang....hehe...cuti tinggal banyak tak tahu nak buat ape...sebelum hari terakhir nilah saya akan menikmati waktu cuti sewaktu keje...

lepas ni entahlah bila dan dimana kan....masih tidak tahu...:)

cuti pun masih ada baki 5 hari lagi...mungkin akan refund tuk gaji...hehe harap bolehlah dapat extra...

Perkara yang paling best dapat bercuti lamakan?...hmm tapi tak kemana hanya duk kampung saja,

mula 10hb sampai lah 15hb...^__^

Ada banyak keje rumah nak kena buat....hehe...practice jadi suri rumah...:)...konon nyer...huhu...

Okaylah..so pada anda semua yang bercuti, nikmatilah cuti anda, berhati-hati dijalan raya, jaga keselamatan sewaktu berjalan...dan jangan terlampau seronok sangat...

Yang bekerja...kerje sungguh okeh...hehehe!

Wassalam ^_____^

 Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Saturday, November 10, 2012

Today Islamic Quote: Future & Trust

Auzubillahi minas syaitanir rajim Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...


http://islamic-quotes.com/

Me: STOP WORRYING AND BELIEVE WITH ALL YOUR HEART.

 Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Thursday, November 08, 2012

Hadith pada hari ini: Sebaik-baik wanita


Auzubillahi minas syaitanir rajim Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim... 

Hadith Pada hari ini: Khairun Nisa' (Sebaik-baik wanita)
Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :”Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.” 
~Riwayat Muslim~
Huraian Hadith

Seorang isteri melihat kebahagiaan sebagai matlamat unggul dalam kehidupan berkeluarga. Ia tidak boleh diukur tetapi dapat dirasai. Rasulullah SAW meletakkan isteri yang baik itu sebagai faktor kebahagiaan seseorang suami. Dengan perkataan lain isteri yang solehah akan menjadikan sesebuah rumah itu ibarat syurga yang menenangkan hati sesiapa sahaja yang bernaung padanya. 
Allah berfirman dalam al-Quran mengenai sifat-sifat seorang isteri yang solehah yang rmaksudnya: "Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya."(Surah an-Nisaa' ayat 34). 
Jika dilihat pada zaman sekarang, ramai isteri-isteri yang tidak lagi menghormati suami mereka bahkan cuba untuk berdiri sama tinggi dengan si suami. Akibatnya kerukunan rumah tangga terancam. Kes isteri yang meminta cerai daripada si suami bukan lagi perkara luar biasa. Pendek kata keharmonian rumah tangga semakin lama semakin goyah. Kasih sayang antara satu sama lain semakin tipis. 

Seharusnya seorang isteri mahupun suami harus sedar kedudukan dan tugas sebenar masing-masing dalam rumah tangga. Kenapa isteri ataupun suami gagal menjadikan pasangan mereka sangat mencintai diri mereka adalah persoalan yang mesti dijawab oleh empunya diri masing-masing. Mudah-mudahan jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam keamanan rumah tangga pada hari ini dapat dijawab.

(Sumber: Himpunan Hadis-hadis Sahih/ Sahih al-Jami’ as-Saghir 3299, Silsilatul-Ahadith as-Sahihati 1838) 

Sumber Penulis: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Penulis: Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua, terlalu banyak kisah-kisah yang tidak senang didengari...bersabarlah temanku, ada hikmahnya terhadap perkara yang berlaku...tolak ansur dan saling memahami, insya Allah. :)...peringatan ini untuk diri ini dan juga anda semua yang belum berkahwin, akan berkahwin, dan juga yang sudah berkahwin.

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Wednesday, November 07, 2012

Kewajipan seorang Muslim ke 27: Mensyukuri Nikmat Allah


Auzubillahi minas syaitanir rajim Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim... 

27. Mensyukuri Nikmat Allah.

Kewajipan ini berdasarkan firman Allah s.w.t:

"Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata."(An-Nahl:114)
Allah berfirman lagi:
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (Ibrahim:7)
Ketahuilah bahawa kewajipan syukur itu berkait dengan hati, lidah dan juga sekalian anggota. Bersyukur dengan hati ialah dengan berniat melakukan kebaikan dan menginginkan kebaikan untuk sekalian mahkluk.

Bersyukur dengan lidah pula ialah menzahirkan kesyukuran kepada Allah dengan mengucapkan tahmid yang menjadi tanda syukur. Bersyukur dengan anggota pula ialah dengan menggunakan segala nikmat Allah ke jalan ketaataan kepadanya dan berjaga-jaga dari menyalah gunakan nikmat ke jalan maksiat.

Syukur kedua mata ialah dengan kamu menutupi segala keaiban yang kamu lihat pada seorang muslim. Syukur kedua telinga ialah dengan kamu menutupi segala keaiban yang kamu dengar berkenaan seorang muslim. Bersyukur dengan lidah ialah untuk menzahirkan perasaan reda terhadap Allah dan ia merupakan suatu yang diperintahkan.

Syukur itu adalah nikmat, syukur itu adalah perlu, syukur itu tidak kira waktu susah atau senang. Ingatlah Allah. Syukurkah kita selama ini dengan apa yang kita ada dan tidak ada?

Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang diperlukan oleh hambanya. Allah tidak beri apa yang kita mahu tapi Allah kurniakan apa yang kita perlu.

Moga-moga kita adalah dikalangan hamba-hamba yang sentiasa bersyukur. Insya Allah.

Wassalam.

Sumber Buku: 50 Kewajipan seorang Muslim oleh Muhammad bin Abi Bakr dan diterjemahkan oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzli cetakan 2010 Penerbitan Dar Hakamah.

Penulis: Bersyukurkah diri ini? Jika benar dan sungguh bersyukur, kenapa diri ini masih mengeluh? Ya Allah....ampunilah diri ini...aku yang berdosa!

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Bila saya rasa.....


Auzubillahi minas syaitanir rajim Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim... 

Ya Allah sungguh hanya kamu sahaja yang lebih tahu tentang hamba Mu ini...

Sungguh saya amat rasa berdosa setiap kali..................

Sungguh saya amat rasa bersalah setiap kali.................

Sungguh sememangnya akal mengetahui rasa itu tetap tidak betul dan salah..................

Sungguh saya rasa amat letih......................

Sungguh ya Allah.......................

Maka ya Allah diri ini tetap tidak akan jemu berkali-kali memohon agar berikanlah kelapangan hati ini....

~"nadiku bagaikan berlagu................~"

P/s: Semalam yang malam.....

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Tuesday, November 06, 2012

Qoute of the day: Evil


Auzubillahi minas syaitanir rajim Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim... 

"The belief in a supernatural source of evil is not necessary. 
Men alone are quite capable of every wickedness."
~Joseph Conrad~

 Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Monday, November 05, 2012

Tidak akan berpaling lagi.

Auzubillahi minas syaitanir rajim Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, tahniah...rezeki untuk mereka...:)

Saya pula, masih tetap...apa pun yang sekarang mereka kata dan pujuk...

Saya tidak akan berpaling lagi ke belakang, dalam apa jua keadaan sekali pun!

Terima Kasih..........

 Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Saturday, November 03, 2012

Selamat Malam.

Auzubillahi minas syaitanir rajim Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat Malam, masalah yang sama sejak dua menjak ni, sukar nak lelapkan mata...hmm....
Selalu almost 3am baru terlelap...

anyway, hujung minggu ni disini, di T10....nak buat ape???

hehe...is looking forward for this two days...moga yang baik2 belaka insya Allah...

Ayuh jom mari kita cube tidur ^__^

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Friday, November 02, 2012

Untitled: Ana

Auzubillahi minas syaitanir rajim Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...

??????:___________________________
Ana: Ye ke?....baguslah
??????:___________________________
Ana: Hmmm.....macam tu rupenye...baguslah
??????:___________________________
Ana: Sangat...sungguh....hmm...baguslah
??????:____________________________
Ana: Ye ke?...patutlah...baguslah
??????:____________________________
Ana: tak sabar...ye ke?...baguslah.....

Antum: ????????

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

I look Up When I Walk, a poem?


Auzubillahi minas syaitanir rajim Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim... 


I look up when I walk
so that the tears won't fall
Remembering those happy spring days
But tonight I'm all alone

I look up when I walk,
counting the stars with tearful eyes
Remembering those happy summer days
But I am all alone tonight

Happiness lies beyond the clouds
Happiness lies above the sky

I look up as I walk
so that the tears won't fall
Though the tears well up as I walk
For tonight I'm all alone tonight

hmmm, mmm,mmm....

Remembering those autumn days
But tonight I'm all alone

Sadness lies in the shadow of the stars
Sadness lurks in the shadow of the moon

I look up when I walk
so the tears won't fall
Though the tears well up as I walk

But I am all alone tonight
But I am all alone tonight

hmm, mmmm, mmm.....


p/s: hmm....agak-agak siapa boleh teka kan?

 Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Wednesday, October 31, 2012

Pesan Arwah Ayah 2: Suka

Wan Nurul Zafirah (anak saudara yang ke 3)
Auzubillahi minas syaitanir rajim Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim... 

Salam pembaca yang dikasihi, izinkan saya, ya entry mengenai arwah ayah lagi..saya teringat Arwah ayah saya...sewaktu raya haji hari tu, terkenang, apa tidaknya, kerana selalunya setiap 4 hari berturut, pada 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah, pasti akan terdengan laungan takbir raya setiap lepas solat. Dia pasti laungkan takbir...masya Allah...Sekarang sunyi...ya emak dan saya rasa sunyi...harapkan abang2...hehehe tau tau ajelah...:)

Tak silap saya, maaf tolong betulkan kalau salah...sangat digalakkan untuk bertakbir raya selama empat hari tersebut setiap lepas solat. Itu bezanya Hari Raya Aidiladha dengan Aidilfitri. Kalau raya aidilfitri, tahu tak takbir raya hanya disunatkan dilaungkan sampai solat sunat raya Aidilfitri. Sebab itulah kalau ikutkan, Aidiladha patut lebih meriah kan? apatah lagi dengan adanya ibadah Qurban...hehe...entahlah...

Oh ya...balik pada tajuk 'entry' kali ini, suka...ya suka...manusia suka terhadap pelbagai perkara bukan? suka makan, suka jalan, suka pada orang, suka pada binatang, "like" kat FB....huhu... dan macam-macam lagilah...dan jika ada suka pasti ada yang kita tidak suka atau mungkin kita boleh kata tidak suka itulah benci terhadap sesuatu perkara....ya ikut selera masing-masing...

Pasti pembaca fikir, apa pulak Arwah ayah saya kata mengenai suka, ahli falsafah cinta ke arwah ayah saya?...hehehe...tentulah tidak amat jauh sekali...namun kadangkala terfikir macam mana emak dan Arwah ayah boleh bertahan perkahwinan hampir 50 tahun...ya Ayah saya pergi tanpa sempat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 50 tahun pada bulan 9 baru-baru ni...mengalir air mata emak bila terkenang pasal ni...sudahlah, Allah telah tentukan semuanya...ya bagi saya amat menakjubkan sesuatu perkahwinan itu boleh kekal selama itu...dan moga ia akan kekal hingga ke akhirat dan syurga insya Allah...ya "bercinta hingga ke syurga"

Tentang perihal suka ini, saya masih ingat...atau ingat-ingat lupa, dia berpesan pada saya masa saya sekolah menengah lagi, waktu ini kami sekeluarga mengalami dugaan yang agak hebat, apatah lagi hingga saya mula memberontak sebagai remaja, kerna tidak faham apa yang berlaku...dan ya waktu ini, kami diduga...mak jatuh sakit...saya tak beberapa pasti dalam tingkatan berape...mungkin form 1...entahlah...

(saya ubah jadi dialog drama skit okay...huhuhu...tapi maksudnya sama)

Arwah Ayah: Adik (manjalah sngt kononnya waktu tu panggil adik, ngee), kalau suka terhadap sesuatu, janganlah kamu suka sangat...biasa-biasa sahaja, kalau kamu terlalu suka, lama-lama ia akan memakan diri. Ingat tu, ni encik(panggilan saya pd ayah) kabo (beritahu) ye...

Saya: Suka? suka yang macam mana? suka pada apa? (budak remaja yang bingung tak faham apa2 waktu ni)

Ayah: Laa...sukalah suka yang amat sangat, yang melampaui batas...tidak kisahlah terhadap apa-apapun, makanan ke, baju ke, orang ke, lagu ke, artis ke...x kisahlah...ingat tu tau!!!

Saya: Hmm...(saya hanya mengangguk kepala saja, maklumlah budak remaja yg fikir leteran ayah saja, mana nak dengar sangat nasihat waktu ini..layan saja)

Bila dah dewasa, dan masuk belajar universiti, baru saya faham apa yang dimaksudkan arwah ayah, kaitannya rupanya ada berkait dengan emak saya...aah biarlah saya simpan disini sahaja...

Ya betul kata arwah ayah, tidak kira terhadap perkara apa pun, janganlah kita terlalu suka kelak memakan diri...dan sekarang saya perlu ubah...ya jangan terlalu suka...kerna akur...

Janganlah kita terlalu suka terhadap sesuatu perkara, jangan melebihi cinta kita kepada Allah, kerana kita tidak tahu bila-bila masa sahaja Allah boleh menguji kita, dan juga bila kita tidak suka (atau benci) sangat terhadap sesuatu, maka Allah juga boleh mendatangkannya pada kita dengan menguji kita...ingatlah tu...ya semua itu berlaku kerna Allah s.w.t...

Kadangkala kita fikir, pesanan ibubapa, guru-guru kita, ustaz, ustazah, pensyarah2...kita akan lupa bila dah lama-lama....tapi tidak...memang betulpun pesanan-pesanan mereka tetap akan lekat dalam lekat dalam minda kita cuma bukan pada waktu itu...kesannya agak lambat...selalunya bila terkena pada batang hidung sendiri....baru kita akan terkenang bukan...:)

Hmm...pesan arwah ayah berkaitan dengan ayat al-Quran, yang biasa kita dengar, namun adakah benar kita faham  dan boleh terima...sendiri kena fikir dan lebih tahu bukan?..:)..ya saya pasti para pembaca boleh semua boleh berfikir...

Allah berfirman:
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Ya acapkali dan selalu saya baca...senang dibaca dan difahami, namun tidak mudah untuk menerima jika hati yang lemah ni terlalu ikut perasaan...betul tak? dan kita juga selalu ingat-ingat lupa jika ujian melanda...

Saya membuat peringatan ini terhadap diri saya sebenarnya, agar hati dapat menerima...dan moga-moga kata Arwah ayah saya ni juga memberi peringatan pada para pembaca semua, Insya Allah.

Ingatlah apa yang baik itu datang dari Allah jua dan kita juga selalu lupa bahawa setiap musibah atau perkara buruk yang menimpa terhadap kita juga datang dari Allah s.w.t, sebab itu bila kite rasa cepat untuk mengeluh, marah, atau ingin mengeluarkan kata-kata buruk itu beringat-ingatlah dan berpada-pada, ada ucapan yang lebih baik untuk diucapkan...ingatlah setiap apa yang berlaku pada kita itu datang dari Allah s.w.t dan apa yang berlaku ke atas kita adalah kerana kehendaknya.....

Insya Allah ayuh kita cuba lakukan yang terbaik, ya moga hari ini lebih baik dari semalam.

Wassalam.

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

My Babbling

Advice (32) Akhlak (42) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (15) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (19) Dua' (14) Education (54) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (77) My Reading (42) My Stories (224) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (16) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (28) Tarbiyah (120) Tazkirah (109) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)