Sponsored Link

Monday, November 29, 2010

10 alasan terburuk untuk Berkahwin

Dipetik dan dirumuskan dari majalah Mingguan Wanita 19hb - 25 hb November 2010/12-18 Zulhijjah 1431H.

Perkahwinan merupakan satu penyatuan jiwa. Ia melibatkan dua hati yang kadangkala berlainan pendirian. Biarpun saling berbalah namun suami isteri biasanya akan kembali sejuk kerana memikirkan tujuan mereka disatukan iaitu atas dasar kasih sayang dan cinta.

Namun ada juga pasangan yang berkahwin tanpa memikirkan tujuan disebalik perkahwinan dan jika tersalah langkah, rumah tangga yang dibina mungkin akan diakhiri dengan bergelar duda atau janda.

1. TERLANJUR
- terlanjur melakukan seks dan pasangan sudah mengandung. Ia merupakan sebab yang terburuk.

2. IKUT RAKAN-RAKAN
- Ramai sahabat-sahabat anda sudah berkahwin, maka anda pun tak mahu ketinggalan. Untuk berkahwin anda perlu bersedia dari segi agama, mental, fizikal, kewangan dan sebagainya.

3. RAPAT DENGAN KELUARGANYA
- terlalu mengagumi keluarganya, suka sangat dengan keluarganya. berkahwin kerana status keluarganya.

4. PENUHI IMPIAN KELUARGA
- mengikut wasiat atau penuhi harapan ibubapa yang inginkan cucu.

5. TERLALU KERAP BERSAMA
- selalu bersama ibarat macam belangkas, keluar bersama, tidak membawa makna anda serasi hidup bersama tetapi mungkin serasi  sebagai kawan yang tidak melibatkan hati dan perasaan.

6. DIA CANTIK/HANDSOME
- cantik itu bukan bermaksud dia sempurna.

7. LANGKAH BARU
- selepas mempunyai, career, harta, kereta dan sebagainya sebagai langkah baru. Fikir semasaknya sebelum membuat keputusan. keputusan yang baik bagi orang lain tidak semestinya baik untuk anda juga.

8. DIDESAK OLEH IBUBAPA ATAU KEKASIH SENDIRI
- Contohnya " Kalau awak tak sayang saya, kita putusakan saja perhubungan ini", didesak mak ayah kekasih dan sebagainya.

9. DITANGKAP KHALWAT
- berkahwin untuk mengelakkan malu, ia bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.

10. ANDA BERHUTANG DENGANNYA (BUDI/WANG/ APA SAHAJA)
- bila pasangan anda menabur duit, belikan baju, kereta, rumah, menanggung adik anda bbelajar, menabur budi dan sebagainya. Anda rasa yang terbaik untuk membalas budi adalah dengan berkahwin dengannya, ia selalu menjadi alasan untuk berkahwin.

Saya:

Berfikir sejenak bila membaca artikel didalam majalah yang dibeli oleh kawan. Di katakan 10 ini adalah alasan yang terburuk betul ke? salah ke kalau berkahwin kalau kerana memenuhi tuntutan keluarga? bagaimana bagi pembaca yang sudah berkahwin dan sebab mereka berkahwin adalah salah satu sebab diatas. Adakah mereka patut risau ataupun berfikir balik mengenai perkahwinan mereka. Patutkah mereka bercerai? Amat cetek sekali pemikiran anda kalau pembaca berfikir sedemikian.

Pembaca mesti ingat apa apa pun ia adalah jodoh dan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Perkara yang sudah lepas jadikan panduan, yang penting adalah waktu sekarang, bagaimana anda boleh mengukuhkan perkahwinan anda menuju perkahwinan yang diberkati oleh Allah s.w.t. Isnya Allah.

Ya mungkin memang betul atau salah kalau berkahwin hanya kerana ingin menutup malu, kalau peringkat awalnya sudah tidak betul atau nawaitu sudah tidak tepat bagaimana mahu mebina perkahwinan yang diberkati Allah dan bahagia.

Jadinya minda yang sentiasa suka berfikir dan sentiasa ada soalan,  berfikir dan bertanya apakah pula sebab yang terbaik untuk berkahwin? perlukah sebab untuk berkahwin? atau kena tunggu ada seru?

Pembaca sekalian,

Seringkali kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi,

 “Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Disini sudah jelas bukan, kebiasaanya sebab manusia berkahwin kerana selalunya memandang pada empat perkara tersebut, namun disitu sudah dijelaskan adalah lebih baik kiranya kalau kamu berkahwin adalah kerana agamanya bukan kerana kecantikannya, keturunannya atau hartanya. Yang lain itu hanyalah sebagai garis tambahan dan panduan sahaja. hadis ini bukan sahaja untuk lelaki tetapi untuk wanita juga, sebagai panduan memilih pasangan hidup.

Tidak salah berkahwin kerana harta seseorang atau kecantikan seseorang atau kerana darjatnya, tetapi sekiranya kamu memilih seseorang atas sebab agamanya maka hidup kamu akan lebih bertambah sejahtera. Ya kerana agamanya, kerana agamanya, pembaca sekalian, jangan salah sangka, bukan saya bermaksud untuk menyatakan bahawa pasangan anda kerna pakai purdah atau alim dan sebagainya, cukup sekiranya dia ingin mempelajari dan memperbaiki dirinya kepada yang lebih terbaik dalam ilmu agamanya. Ya manusia boleh berubah.

Maka disini, pada pandangan saya, tidak timbul masalah sekufu ataupun tidak sekufu yang selalu diwar-warkan oleh orang ramai. lebih lagi bagi yang berlainan darjat. Kiranya dalam Islam begitu menyarankan sekufu (kena sekufu dari segi harta, pendidikan, darjat, umur, pekerjaan dan sebagainya). Maka tidak ada rasanya contoh perkahwinan pertama dari Rasulullah s.w.t yang berkahwin dengan Siti Khadijah yang lebih jauh banyak perbezaan dari hartanya, perniagaan, tinggi keturunannya, umur dan sebagainya. Masalah perkahwinan yang tidak sekufu tidak timbul, dan menyarankan berkahwin sekufu yang sama hanyalah adalah untuk menyenangkan pasangan yang berkahwin atau mengurangkan konflik diantara keluarga. Manusia dicipta oleh Allah berlainan bangsa, keturunan, budaya adalah untuk kita berkenalan antara satu sama lain dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Ya, seorang sahabatku pernah menyatakan padaku, apa yang tidak sama jangan jadikan sebab untuk tidak suka atau benci tapi sebagai satu aspek untuk lengkap melengkapi, dan jadikan yang sama sebagai asas untuk menguatkan kasih sayang sesama insan. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. 

Cinta dan kasih sayang itu datang dari Allah s.w.t, atas kehendak dia juga. Biarlah kita menyayangi dan berkahwin dengan seseorang itu adalah kerana Allah nescaya, insya-Allah Allah akan memberkati perkahwinan. Ibarat kata seorang penulis, "Sekiranya aku menyukai/mencintai seseorang biarlah kerana Allah, dan sekiranya aku membenci seseorang atau tidak menyukai sesorang biarlah ia kerana Allah, sekiranya aku berkawan dengan seseorang biarlah ia kerana Allah s.w.t, dan biarlah kiranya aku memusuhi seseorang adalah kerana Allah jua." Ya, nawaitu(niat) seseorang adalah amat penting.

Maka sekiranya seseorang individu itu ingin berkahwin maka biaralah ia berkahwin kerana Allah sesungguhnya perkahwinan intu adalah satu ibadah, maka bila ia adalah satu ibadah biarlah kita lakukan dengan sesungguh hati, bersabar, ikhlas untuk mendapatkan pahala dari Allah dan bukannya akan menambahkan dosa kita kepada Allah. Insya Allah.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
(Ar-Rum 30:21)

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.”
(Al-Hujurat 49:12)

Artikel 10 alasan terburuk perkahwinan ini, memang menarik perhatian saya, sebab kenapa saya sendiri pun tidak tahu, tapi memang saya ingin menulis dan ingin mengulas terhadapnya. ia sebagai panduan dan peringatan terhadap diri sendiri dan rakan2 yang lain. Mungkin ada dikalangan sahabat bersetuju atau tidak, mungkin ada yang salah atau betul, apa apa pun yang pasti yang terbaik itu adalah dari Allah s.w.t dan yang buruk adalah dari hamba Nya. Sama-sama kita renungkan. ^_^

p/s: ayuh kawan kawan mari kita betulkan niat. Banyakkan solat tahajud, solat hajat, solat istikharah, solat taubat. Insya Allah, Allah akan beri petunjuk, hidayah, kemudahan, kelapangan pada hamba-hambanya...^_^


"kalau ALLAH letak rasa suka kerana kecantikan.......
itu kehendak DIA...
kalau ALLAH letak rasa suka kerana keturunan........

itu kehendak DIA...
kalau ALLAH letak rasa suka kerana harta..............

itu kehendak DIA...
kalau ALLAH letak rasa suka kerana agama.............

itu kehendak DIA...
kalau ALLAH letak rasa suka kerana jerawat sebijik kat dahinya......
itu kehendak DIA...
kalau ALLAH letak rasa suka kerana juling itiknya.....

itu kehendak DIA...
kalau ALLAH letak rasa suka kerana cacat celanya....

itu kehendak DIA....
pendek kata........bukan kerana keadaan tapi kerana perasaan...
perasaan yang ditiupkan dalam hati oleh tuhan.....
kehendak ALLAH....tak ada siapapun dapat membantah......."
petikan dari http://halaqah.net/


Thursday, November 18, 2010

Ucapan and Keadaan.

Assalamualaikum sahabatku,
Sambil-sambil saya membaca emel yang lepas-lepas, saya terjumpa satu topik menarik ini. Rasanya elok saya kongsikan topik ini supaya kita sama-sama dapat manfaatnya. Ramai di kalangan kita masih kurang arif mengenai penggunaan kalimah seperti "masya Allah", "insya Allah" dan sebagai nya.

1 – Perkataan SUBHANALLAH

Ertinya ialah : ” MAHA SUCILAH ALLAH ”

Ianya diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib . Contohnya tatkala kita melihat orang yang tidak cedera walaupun terlibat di dalam kemalangan . Tujuan kita mengucapkan ” SUBHANALLAH ” iaitu seolah-olah kita mendidik diri kita : ” Wah ! hebatnya orang itu , tak cedera langsung . Tapi Allah lebih Maha Hebat kerana itu semua tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah Ta’ala ” . Ianya diucapkan juga apabila kita melihat ada apa-apa perkataan ataupun perbuatan yang menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah . Contohnya kita ucapkan ” SUBHANALLAH ” apabila melihat ada orang yang menyembah berhala-berhala . Di dalam hati kita ketika itu seolah-olah kita berkata : ” Allah Ta’ala Maha Suci dan tiada kena-mengena langsung sebagai Tuhan yang mereka anggap itu ” . Lihatlah firman Allah Ta’ala berikut : Ertinya : ” Dialah Allah yang tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah kecuali Dia Yang Maha Berkuasa , Maha Suci , Maha Selamat , Maha Memberi Keamanan , Maha Peneguh , Maha Mulia , Maha Gagah-Perkasa , Maha Besar , Maha Sucilah Allah daripada apa yang mereka sekutukan ” ~ Surah al-Hasyr ayat 23 Lihat penggunaan ” SUBHANALLAH ” ataupun yang semakna dengannya melalui ayat Al-Quranul Karim di bawah ini : Ertinya : ” Maha Sucilah Tuhan yang telah memperjalankan hamba-Nya di waktu malam ( Israk ) drp Masjid al-Haram ( di Mekkah al-Mukarramah ) ke Masjid al-Aqso ( di Palestin ) yang telah Kami berkati sekitarnya , agar Kami menunjukkan kepadanya ( Nabi Muhammad s. a. w ) beberapa tanda kekuasaan Kami . Sesungguhnya Dia ( Allah ) adalah Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat ” . ~ Surah al-Israk , ayat 1 . Ya ! , peristiwa Israk-Mikraj adalah satu peristiwa yang ajaib lagi hebat , namun sehebat-hebat peristiwa itu , lebih hebat lagi Tuhan yang telah mengatur dan mencipta peristiwa itu , Tuhan itulah Allah Ta’ala Yang Maha Hebat , Yang Maha Mendengar segala doa Nabi-Nya s. a. w dan tohmahan puak-puak yang tidak mempercayai kisah itu dan Maha Melihat segala-galanya . Dan Maha Sucilah Allah drp segala sifat-sifat yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada Dia .
Ucapan ” SUBHANALLAH ” ini juga dikenali sebagai ” TASBIH ” .


2 – Ucapan ” ALHAMDULILLAH

Ertinya : ” Segala puja-puji hanyalah untuk Allah ” ataupun ” Segala syukur dan terima kasih hanyalah untuk Allah ” .
Ianya diucapkan sebagai puja-pujian dan bersyukur di atas segala nikmat yang Allah Ta’ala berikan kepada kita . Contoh ayat Al-Quranul Karim yang menerangkan hal ini ialah : Ertinya : “Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran.” Dan diserukan kepada mereka: “ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan ” ~ Surah al-’Aaraf , ayat 43 . Ayat di atas menerangkan nikmat yang diperolehi oleh orang-orang yang beriman kelak di hari akhirat iaitu nikmat mendiami syurga yang dijanjikan kepada mereka dahulu . Lihat ! , para penghuni syurga nanti akan mengucapkan ” ALHAMDULILLAH ” sebagai berterima-kasih dan bersyukur di atas ganjaran yang Allah Ta’ala berikan kepada mereka dan disebabkan Allah Ta’ala telah mengutuskan kepada mereka wahyu dan panduan melalui Para Rasul a. s . Kita juga wajib mengucapkan syukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat sampainya Islam kepada kita dan masih ramai lagi para ulama’ rh , kerana tanpa Islam dan bimbingan para ulama’ rh , tidaklah kita layak masuk ke dalam syurga Allah Ta’ala kelak . Lihat lagi firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Kahf , ayat pertama : Ertinya : ” Segala puja-puji hanyalah untuk Allah ( Tuhan ) yang telah menurunkan kepada hamba-Nya kitab dan tidak pula Allah ciptakan baginya ada sebarang kebengkokan ( pertentangan dan perselisihan di antara satu ayat dengan ayat yang lain ) ” .
Kita juga wajib bersyukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat adanya kitab Al-Quranul Karim sebagai panduan hidup kita , yang mana tanpanya , pastilah kita tidak akan menemui kebenaran dan kejayaan di dunia dan di akhirat . Selain itu ianya diucapkan apabila kita dipuji , contohnya apabila orang memuji kita lantaran kejayaan kita , lalu kita pun menjawab : ” Alhamdulillah , saya berjaya ” ( Diucapkan ucapan ” Alhamdulillah ” agar kita tidak lupa bahawa sehebat mana pun usaha kita , ianya tentu tidak akan berjaya jika tidak diizinkan oleh Allah Ta’ala ) . Ucapan ” ALHAMDULILLAH ” ini juga dikenali sebagai ” TAHMID ” .

3 – Ucapan ” ALLAHU AKBAR

Ertinya : ” Allah Maha Besar ” .

Ianya diucapkan di dalam beberapa situasi :
1 – Apabila berada di tempat yang tinggi .
2 – Apabila berada di dalam ketakutan .
3 – Sebagai teriakan untuk menakutkan dan menggerunkan musuh-musuh Allah Ta’ala .
4 – Sebagai ” pembakar semangat ” para pejuang Islam .
5 – Ketika azan , takbiratul ihram dan takbir hari raya .
Ucapan ini dikenali juga sebagai ” TAKBIR ” .

4 – Ucapan “ LA ILAHA ILLALLAH

Ertinya : ” Tidak ada sama sekali Tuhan yang layak diibadati melainkan Allah ” . Masyarakat Arab biasanya menyebut kalimah ini apabila melihat sesuatu yang menggerunkan ataupun peristiwa yang mengerikan . Kalimah ini adalah inti-pati dan dasar ajaran Islam . Silalah melihat kitab-kitab zikir dan wirid yang sahih ( seperti RIYADHUS SOLIHIN oleh Al-Imam an-Nawawi rh ataupun KALIMUT TOIYIB oleh Al-Imam Ibnu Taimiyah rh ) untuk mengetahui fadhilat-fadhilat kalimah Tauhid ini .
Ia dikenali juga dengan gelaran ” TAHLIL ” .

5 – Ucapan ” BISMILLAH

Ertinya : ” Dengan Nama Allah ”
Ucapan ini dikenali sebagai ” BASMALAH ”Dilakukan sebagai menunjukkan adab di antara seseorang hamba dengan Allah Ta’ala ketika melakukan perkara-perkara yang diredhai-Nya .
Ertinya di sini ialah : ” Bismillah ” digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang diredhai oleh Allah Ta’ala sahaja . Seolah-olah tatkala kita membacanya kita turut sama beriktiqad : ” Aku menyebut nama Allah ini supaya kerja yang aku lakukan ini dirahmati dan diberkati oleh-Nya ” .
Adapun jika digunakan untuk perkara-perkara yang dilarang , maka ia adalah haram bahkan kadang-kadang boleh membawa kepada murtad kerana dianggap menghina kesucian ataupun mempersendakan Allah Ta’ala . Contohnya :

A – Membaca ” Bismillah ” untuk menyembelih binatang-bintang yang tidak disembelih untuk tujuan yang dibenarkan ( seperti untuk mandi safar , untuk ” membuka gelanggang silat ” , untuk ” menyemah ” rumah , untuk ” menjamu ” penunggu dan jin dan sebagainya .
B – Membaca ” Bismillah ” untuk melakukan jampi-jampian yang dilarang oleh agama kita .
C – Membaca ” Bismillah ” untuk ” tikam ” nombor ekor , toto dan lumba kuda serta sebarang perjudian .
D – Membaca ” Bismillah ” ( supaya selamat konon-kononnya ) untuk mengintai orang mandi .
E – Membaca ” Bismillah ” untuk makan dan minum apa-apa yang haram .
F – Membaca ” Bismillah ” kuat-kuat ( agar didengar oleh orang ramai ) ketika membuka warong demi melariskan jualan .

6 – Ucapan ” MA SYAALLAH

Ertinya : ” Apa yang Allah Kehendaki ”
Diucapkan ketika melihat apa-apa yang baik dan indah .
Diucapkan juga ketika melihat perkara-perkara yang luar biasa dan hebat ( sama seperti Tasbih )
Tidak boleh digunakan sebagai ucapan tatkala melihat sesuatu yang dilarang , contohnya menyebut ” MA SYA ALLAH ” ketika melihat wanita-wanita yang berpakaian seksi sebab kalimah itu bermakna ” Apa-apa yang Allah kehendaki ” , sedangkan Allah Ta’ala tidak pernah sama-sekali menyuruh wanita-wanita berpakaian seksi di hadapan bukan suaminya . Dan begitu juga tidak boleh mengucapkan kalimah ini tatkala melihat pelakon-pelakon yang seksi-seksi di TV .
Hati-Hati dan fahami baik-baik penggunakan kalimah dan ucapan ini !!! . Ucapan ini diistilahkan sebagai : ” AL-MASYIAH ”

7 – Ucapan ” A’UZUBILLAHI MINASY SYAITONIR RAJIM
Ertinya : ” Aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam ( terkutuk ) ” .
Diucapkan sebagai memohon perlindungan dan keselamatan kepada Allah Ta’ala daripada segala jenis gangguan , sama ada gangguan syaitan ataupun bala-bencana . Diucapkan juga sebagai memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim . Ucapan ini digelar sebagai ” AT-TA’AWWUDZ ” .

8 – Ucapan ” LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH
Ertinya : ” Tidak adalah daya-upaya dan kekuatan ( yang sebenar / yang terutama ) melainkan dengan izin ( pertolongan ) Allah ” . Diucapkan apabila melihat perkara-perkara yang tidak disukai ataupun apabila kita tidak terdaya untuk melakukan sesuatu . Dan diucapkan apabila kita merasai kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri kita seperti sedang berhadapan dengan jumlah musuh yang lebih ramai daripada pihak kita . Ucapan ini dikenali sebagai ” AL-HAUQOLAH ” .

9 – Ucapan ” INSYA ALLAH

Ertinya : ” Jika diizinkan Allah ”

Diucapkan apabila kita berjanji untuk menyempurnakan hajat seseorang . Ataupun apabila hati kita berat 70 % untuk memenuhi janji itu maka bolehlah kita menyebut ” INSYA-ALLAH ” , tetapi jika kita memang tidak mahu memenuhi hajat itu ataupun hati kita memang berat 70 % untuk tidak memenuhinya , maka tidaklah wajar kita menggunakan kalimah ini . ~ [ Hasil temuramah di antara S. S Dato' Ishak Baharom , Bekas Mufti Selangor Darul Ehsan dengan salah sebuah majalah di Malaysia ] . Ucapan ini dikenali sebagai ” TAWAKKUL ” ( Tetapi masyarakat Melayu memanggilnya sebagai tawakkal )

10- Ucapan ” BARAKKALLAHU FIK
Ertinya : ” Semoga Allah memberkati engkau ” .
Diucapkan kepada seseorang yang kita cintai ataupun sebagai doa baginya . Menurut sunnah ucapan yang seumpama ini diucapkan juga kepada mereka yang baru berkahwin . Ucapan ini dikenali sebagai ” AT-TABARRUK ” .

11 – Ucapan ” JAZAKALLAHU KHAIRAN

Ertinya : ” Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan ”Ucapan ini sebagai tanda terima kasih kita pada seseorang . Boleh juga diucapkan dengan ” JAZAKALLAHU KHAIRAN KATSIRAN ” ( Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan yang banyak ” . Boleh juga diucapkan dengan ” JAZAKALLAHU KHAIRAL JAZAK ” ( Semoga Allah membalas jasa-baikmu dengan balasan yang paling baik ) . Adalah SALAH dan TIDAK BETUL jika sekadar mengucapkan ” JAZAKALLAHU ” ( Semoga Allah membalasmu…) Membalas dengan apa ??? . Ayat ini jadi ayat tergantung ! . Apabila kita diucapkan sedemikian rupa , maka respon kita pula ialah : ” JAZANA WA IYYAK ” . Erti respon itu ialah : ” Semoga Allah juga membalas ( kebaikan yang kau ucapkan tadi ) kepada kita semua dan juga kepada dirimu ” . Ianya dikenali sebagai kalimah ” ASY-SYUKR ”

12 – Ucapan ” INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN
Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.
- Diucapkan apabila ditimpa sesuatu yang tidak dikehendaki seperti banjir , kemalangan , kecurian dan seumpamanya . ( Walhal orang-orang kita hanya mengucapkannya tatkala mendengar berita kematian seseorang ) . Firman Allah mengenai ucapan ini : Ertinya : ” Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “~ Surah al-Baqarah , ayat 155 . Ucapan ini dikenali sebagai ” LIL ISTIRJAA’ / TARJIE’ ”

13 – Ucapan ” HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL

Ertinya : ” Cukuplah bagi kami ini Allah itu sebagai sebaik-baik pelindung / penolong ” .
Diucapkan sebagai tanda kita ini berserah diri dan bergantung harap ( bertawakkal ) kepada Allah Ta’ala semata-mata . Dan ia juga merupakan ucapan ” pembakar ” semangat keberanian orang-orang yang beriman . Contohnya diucapkan tatkala menghadapi serangan musuh .
Firman Allah Ta’ala yang mengisahkan keimanan para sahabat r. a menjelang Perang Badar :
Ertinya : Orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul itu apabila dikatakan kepada mereka : “Sesungguhnya manusia ( musyrikin Quraisy ) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung ” . ~ Surah Ali ‘Imran , ayat 173 . Ucapan ini dikenali sebagai ” AL-HASBANA “.

Sekian . Semoga ada manfaatnya . Wallahu A’alam Bis Sowab Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
****************************************
RUJUKAN
1- MAUSU’AH al-QURAN al-KARIM Tafsir 4 Orang Imam Besar ESC Soft – Egypt
2 – PENERANGAN LISAN OLEH SYEIKH SOLEH HAMDI as-SISI M. A ( Hadist ) , Universiti al-Azhar asy-Syarif
dipetik dari laman web Al-ahkam...
3. http://www.rileks.info/coollist/2008/10/ucapan-dan-keadaan/

Saturday, November 13, 2010

Questions!Questions!Questions!


Terasa mulut ini ringan sahaja ingin sangat mengajukan pertanyaan:

kenapa? apa sebab? bagaimana? apakah? bilakah? sampai bilakah? mengapakah?

adakah aku yang bersalah?

Ya Allah ya tuhanku bagilah aku kekuatan untuk mengahrungi apa sahaja yang berlaku...

Minda berfikir supaya bertenang dan hati menguatkan menyokomg keputusanku untuk tidak menyatakan atau bertanyakan...

Silent is golden....

Kadangkala, some question are better left unaswered, and something are better left unspoken is it or not?...i do not know...

May be is not the time yet, may be it will come or may be it will never come...whatever it is I'll be prepared and ready to accept it...

but for now just go with the flow....^_^

Friday, November 12, 2010

Bila Cinta.....(Ost Lagenda Budak Setan)


Bila Cinta - Gio (Ost Lagenda Budak Setan)
Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

kusebut namamu
disetiap doaku
bangkitkan setiap
kenangan tentangmu
yangku dapat
hanyalah bayangmu

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Uuu…

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
.....
Dalam harapan ...uuuu

Filianti Vlee - Bila Cinta (OST Lagenda Budak Setan)

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

me:.......................

Monday, November 08, 2010

Delima Cinta


Verse 1:

Seberapa salahkah diriku

Hingga kau sakiti aku

Begitu menusukku..

Ini kah caramu membalas

Aku yang selalu ada saat kau terluka..

Seberapa hinanya diriku

Hingga kau ludahi semua

Yang ku beri untukmu

‘Tak ada satu pun perasaan

Yang mampu membuatku begitu terluka

Reff:

Namun kuterlanjur mencintai dirimu..

Terlambat bagiku, pergi darimu!!

Bagiku terlalu indah perasaan itu..

‘Tak mudah untukku.. menjauh darimu!!

Verse 2:

Telah ku coba segala cara

Untuk bahagiakan kamu

Merebut hatimu..

Namun tak semudah yang kubayangkan

Bila kau tak inginkan ku ‘tuk di sisimu..

(instrument)

Bridge:

Tak pernah kurasakan sebelumnya

Kuinginkan dirinya hingga ku tak kuasa

Meyakini hatiku bahwa ku mampu berlabuh

Tuesday, November 02, 2010

Life after death

You only live once so sit back and enjoy
No time for sorrows so fill it up with joy
This way of thinking is totally wrong
Our total existence is forever long

Life is for eternity its stages are four
The first is in the womb, but hold on there's more
The second is from birth until the moment we die
The third takes place in the place where we lie

Barzakh is it's name until judgement day
The fourth is eternity and in heaven we pray!
The soul splits from the body at the time we die
Then with the angel of death, they both will fly

If the person is pious, the angel looks handsome
And the wicked will wish, that they could ransom
For the pious, the soul is taken on a piece of silk
Eventually, they're in heaven with rivers of milk

The evil person's soul is dragged out with pain
Then they know, their life was in vain
When Allah swt gives the order, the soul is returned
Either to a bed of paradise, or else to be burned

The soul is returned, while the family are grieving
And then he is questioned while his loved ones are leaving
At that time the person will be in such a state
He is asked three questions which determine his fate

He will be panicking, his heart full of fear
When he sees the angels, Munkar and Nakeer
He will be asked about his God, religion and what did he say
About the person who appears in front of him that day

That will be Muhammed saws, who can save us from hell
The pious will recognise him, but others won't tell
After answering rightly they are saved from the ordeal
Of the torments of the grave, which to us seem unreal

Their grave is extended and in peace they stay
They will praise Allah swt and continue to pray
A window of paradise is seen and they sleep in bliss
Whereas the unbelievers grave becomes hell's abyss

Creatures are let loose on their fronts and back
Their graves close in until their ribs will crack
They are in constant agony until judgement day
Nothing will help, it will be too late to pray

They will know because of themselves, their future is wrecked
But they won't have a clue what to further expect
For the believer , it passes like a good night's sleep
His good deeds have been done, the rewards he shall keep

Judgement day will pass like the time for a prayer
At the speed of light he crosses the bridge, thin as a hair
And before he knows it, he is in paradise
Whereas the unbeliever, will be paying his price

This life is a journey, death isn't the end
Real life goes on, so don't just pretend
So prepare now, we're not here to stay
Follow islam, the key is to pray
by: Hamba Allah...
me: Alfatihah untuk tuk saudara perempuan ku hajah Rahmah, untuk Cik Mat ayah saudara sepupu, and untuk mak kak zilah iaiatu ibu metua abangku yang telah pulang kerahmatullah...semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman, semoga Allah mengampuni dosa2 mereka....amin amin amin insya Allah....
terdetik dipikiran ini bagaimanakah, bilakah saat2 kematian yang aku akan kuhadapi..terasa amalanku masih tidak mencukupi, Ya Allah semoga matiku didalam yg beriman amin amin insya Allah....

My Babbling

Advice (32) Akhlak (42) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (15) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (19) Dua' (14) Education (54) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (77) My Reading (42) My Stories (224) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (16) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (28) Tarbiyah (120) Tazkirah (109) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)