Sponsored Link

Thursday, July 28, 2005

Hati dan perasaan...


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.


Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.


Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana- mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang
untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan kasih sayang dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling
anda pula yang akan menangis.

Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang,tanda peringatan anda pada mereka....

Love is...

Love never hurries, it is always kind.

It is not jealous, and never boasts of its greatness.

Love is not rude or selfish.

It is always ready to forgive and forget mistakes we make.

Love is no friend of wickedness, but delights in honesty and truth.

Love is strong and never gives up.

It never loses its trust in God or its hope for the future.
Love will survive all things because it is everlasting.

"It takes a minute to have a crush an hour to like someone and a day to love
someone but it takes a lifetime to forget someone" Be in touch
..

Istighfar.


SUATU hari Hassan Al Bashri, salah seorang tabiin didatangi oleh seorang lelaki yang mengadu mengenai keadaan daerahnya yang kering kontang kerana sudah lama tidak hujan.
 
Maka Hassan berkata, ``Mohonlah ampun kepada Allah.''
 
Kemudian datang pula seorang lagi sahabatnya yang mengadu bahawa dirinya ditimpa kemiskinan.
 
Sekali lagi, Hassan menjawab, ``Mohonlah ampun kepada Allah.''
 
Tidak lama kemudian datang pula seseorang meminta didoakan agar dikurniakan anak dan jawapan Hassan ialah ``beristighfarlah kepada Allah.''
 
Kemudian datang lagi orang yang lain mengadukan tentang kebunnya yang tandus, Hassan juga memintanya supaya beristighfar.
 
Jawapan Hassan itu menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya, lalu mereka bertanya kepada Hassan mengapa semua masalah itu hanya dapat diselesaikan melalui istighfar.
 
Hassan berkata, ``Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka. Tetapi, berdasarkan firman Allah dalam surat Nuh ayat 10-12 yang bermaksud:
 
``Maka aku katakan kepada mereka,'' Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.''
 
Apa yang dinyatakan oleh Hassan itu seolah-olah tidak berlaku pada zaman sekarang yang lebih banyak melihat sesuatu yang berlaku itu secara akal fikiran atau rasional semata-mata.
 
Setiap sesuatu yang terjadi kepada kita, tidak pernah dianggap sebagai akibat daripada dosa-dosa yang telah kita lakukan.
 
Lanjutan itu, dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah kita hakikatnya hanya mencipta masalah baru.
 
Sedangkan Allah telah berfirman dalam Surah As-Syura ayat 30 yang bermaksud: ``Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).''  
Peringatan Allah ini sebenarnya tidak pernah dipedulikan oleh sebahagian daripada kita, sebaliknya kita lebih banyak menggunakan kekuatan fikiran untuk menyelesaikan masalah.
 
Istighfar hakikatnya adalah jalan terbaik untuk memberi kita petunjuk dalam menyelesaikan apa juga masalah yang kita hadapi.
 
Ia akan menimbulkan keinsafan dan ia akan mendorong kita menghentikan perbuatan-perbuatan yang boleh mendatangkan dosa.
 
Sama ada kita hendak mengakui atau tidak, kita sering melupakan azimat Allah ini sehingga setiap kali kita menghadapi apa juga masalah kita terlupa untuk beristighfar kepada-Nya.
 
Justeru marilah kita menjadikan istighfar sebagai amalan tetap kita seharian, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun



me: 28th July, 2005....

Friday, July 22, 2005

Rahsia Surah Al-Kautsar

Bismillah..........hirohma...nir'roh himm.....
 
"Innaa'kthoina'kalkautsar, fashallilirabbikawanhar, innashania'ka huwal abtar".
 
Subject: RAHSIA SURAL-KAUTSAR
Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1 ) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

Wassallam,

Tuesday, July 19, 2005

The 7 Ups!


1. Wake Up !!

Decide to have a good day.

2. Dress Up !!

The best way to dress up is to put on a smile. A smile is an inexpensive way to improve your looks.

3. Shut Up!!

Say nice things and learn to listen. With two ears and one mouth.. it's meant for us to do twice as much listening as talking."He who guards his lips guards his soul."

4. Stand Up!!. . .

for what you believe in. Stand for something or you will fall for anything. "Let us not be weary in doing good; for at the proper time, we will reap a harvest if we do not give up. Therefore, as we have opportunity, let us do good..."

5. Look Up !!. . .

Keep yourself centered. Remember, you are important. "I can do everything through ALLAH who strengthens me".

6. Reach Up !!. . .

for something higher. Trust with all your heart, and lean not unto your own understanding.

7. Lift Up !!. . .

your Prayers. "Do not worry about anything; instead PRAY ABOUT EVERYTHING."

A Forwarded Mail...^_^

 
 
    
 
Sometimes, we think of why friends keep forwarding
mails to us without writing a word
, maybe this
could explain why..
..

A Forwarded Mail

*********************


When you have nothing to say
,
Still want to keep contact
,
Guess what you do
,
You forward mails
!!!!
When you have something to say,
But don't know what
,
But don't know how
,
Guess what you do
,
You forward mails
!!!!
When you have something to say,
But don't know why
,
Guess What you do
,
You forward mails
!!!!
When you are still wanted,
When you are still remembered
,
When you are still important
,
When you are still loved
,
When you are still cared
,
Guess what you get
,
A forwarded Mail
!!!
So next time you get "fwd" from me
it means I'm thinking of you
.....

Ingatan kita bersama

Umpamanya;

1) Dari bujang -- kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil -- wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21" --- 29" ---- Home theather...

7) Sg Tekali --- Port dickson --- langkawi ---- Hadnyai --- bangkok..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...

8) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)......

TETAPI...

KITA JUGA LUPA...

SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI"

Umpamanya

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang---jadikan amalan....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....

7) 3 jam baca suratkabar/majallah/internet ----- 2 jam majallah/surat khabar/internet

& 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONEL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA.

Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan....

Contohnye:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur........

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE...

bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa...

Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan... dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya... infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.

Friday, July 15, 2005

Kisah Cintaku...Ya Rabbi Ya Tuhanku...Ampunilah hambamu ini


Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan .aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu mencintai Aku? Aku menjawab, Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencitaiKu? Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu? Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatuyang di dunia ini yang tak
mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan
mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, Amat sukar
bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.

Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu? Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati. Aku jawab, Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.

Dia menyambung lagi persoalanNya, Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu? Aku tertanya lagi, bagaimanaaku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu.

Dan... Dia terus betanya lagi, Adakah kamu benar-benar menyintaiKu? dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, Ya, benar Tuhanku, aku menyintaimu kerana Engkaulah satu- satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar! Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi...

Dia terus bertanyakan lagi, Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa? Aku jawab, Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...aku bukan maksum. Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku? Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku.

Dia sambung lagi, Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu?

Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu?

Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?

Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti.

Mengapa kamu malu kepadaKu?

Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu?

Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu?

Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?

Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi... Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara. SambungNya lagi,

Kini... adakah kamu menyintaiKu? Aku tidak mampu menjawabnya lagi.

Bagaimana harus aku jawab persoalan ini?. Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang
boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata
mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, Oh Tuhanku... ampunkanlah segala
dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...

kemudian Dia menjawab, Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu. Aku bertanya kepadaNya, Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan
kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali?

Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku? Dia menjawab Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu.

Apabila kamu menangis aku kan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu.

Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat.

Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu.

Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu.

Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan

Aku akan menyayangimu selama-lamanya.

Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku
ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali
pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar.

nukilan rasa seroang hamba....15/7/2005...Gombak...

Thursday, July 14, 2005

Penawar & nasihat..

"Apakah kamu mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku?

Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,bertahmid (Alhamdulillah) 33
kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s.a.w. ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sangat dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah
melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33
kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita.

Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Amin yarabbal alamin.
me: insya Allah...akan dilakukan setakat mana yang mampu...

Al Sadaqat al Jariyah - The actions which outlives you

Salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus. Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapat hasanah.
2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
3. Bagi bacaan yang membangun dengan seseorang.
4. Bantu pendidikan seorang anak.
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah.
6. Bagi CD Quran atau Do'a.
7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.
8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

1) Jin berasaldari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa
bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan
tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman
pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan  bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Keistimewaan & Amalan Hari Jumaat

Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya Fitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu : Penciptaan Adam. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga. Pada hari itu juga, dia wafat. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat".
Hadis Riwayat Ibnu Majah & Al-Baihaqi

Hari Jumaat telah dipilih oleh Allah s.w.t. untuk dijadikan sebagai penghulu segala hari serta hari yang paling utama dalam seminggu buat umat nabi Muhammad s.a.w. kerana pada hari inilah banyak peristiwa besar telah berlaku, sebahagiannya sepertimana yang dinyatakan dalam hadis di atas.

Selain itu, hari jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.


Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda :

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan".

Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim

Bagi sesetengah yang lain, mereka amat berharap agar akan diambil nyawa mereka pada hari Jumaat kerana barangsiapa yang mati pada hari Jumaat ataupun pada malam hari Jumaat, Allah akan memeliharanya daripada fitnah kubur.


Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda :
"Tidaklah daripada seorang muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur".

Hadis Riwayat Tarmizi


Pada hari Jumaat terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan demi mendapat pahala dan keredha'an daripada Allah s.w.t. :
  • Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat
Firman Allah Dalam Al-Quran yang mulia :
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (nabi)".

Surah Al-Ahzab, ayat 56

  • Memperbanyakkan bacaan Al Quran Surah-surah yang digalakkan untuk dibaca:
    Malam Jumaat : Surah Yaasin, Al-Kahfi
    Waktu Subuh : Surah As-Sajdah, Al-Insan
    Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas
  • Bangun awal di pagi hari dan niat untuk mandi Jumaat
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata : Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
"Sesiapa di antara kamu yang pergi (solat) Jumaat, maka hendaklah dia mandi".
Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim

  • Membersihkan badan daripada bau yang tidak menyenangkan
  • Mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, memotong dan mengemaskan misai, memotong bulu ari-ari dan sebagainya.
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata :
"Nabi Muhammad s.a.w. biasanya mengerat kuku pada hari Jumaat dan mencukur misai baginda sebelum baginda berangkat untuk menunaikan solat ".
Hadis Riwayat Tabrani

  • Bersiwak
  • Memakai bau-bau yang wangi
Daripada Salman r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Tiadalah mandi seseorang pada hari Jumaat lalu bersuci sekadar kekuasaannya serta memakai minyak wangi, dan dipakai haru-haruman di rumahnya kemudian keluarlah dia dengan tidak melangkah tengkuk orang yang duduk dalam saf, kemudian mengerjakan solat yang telah diperintahkan kepadanya(solat sunat tahyatul masjid), kemudian berdiam diri apabila Imam telah berkhutbah, melainkan diampuni baginya dosa antara Jumaat itu dengan Jumaat yang lain".
Hadis Riwayat Al-Bukhari

  • Memakai pakaian serba putih
  • Menyegerakan pergi ke masjid
Firman Allah s.w.t. :
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".
Surah Al-Jumu'ah, ayat 9

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah, kemudian dia berjalan ke Jumaat(menunaikan solat) pada saat pertama, maka seolah-olah dia telah berkorban seekor unta. Dan sesiapa yang berjalan pada saat kedua, solah-olah dia telah berkorban seekor lembu. Dan sesiapa yang berjalan pada saat ketiga seolah-olah dia telah berkorban seekor biri-biri. Sesiapa yang berjalan pada saat keempat, seolah-olah dia telah berkorban seekor ayam dan seesiapa yang berjalan pada saat yang kelima, seolah-olah dia telah bersedekah sbiji telur. Maka apabila Imam telah naik ke atas mimbar, maka hadirlah segala malaikat untuk mendengar khutbah".
Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim

  • Duduk diam di dalam masjid dengan niat iktikaf dan mendengar khutbah setelah datang awal ke masjid.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila tiba hari Jumaat, berdirilah para malaikat di setiap pintu masjid, menuliskan nama orang-orang yang masuk ke masjid, satu demi satu, maka apabila Imam telah duduk di atas mimbar, mereka lipatkan buku catatan meerka dan bersama-sama mendengar khutbah (yang disampaikan) itu".
Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim


  • Apabila masuk masjid hendaklah sembahyang Tahiyatul masjid
  • Mengambil iktibar daripada khutbah yang dibacakan oleh khatib
  • Menunaikan solat-solat sunat Jumaat pada sebelum dan sesudah solat Jumaat
  • Memperbanyakkan amalan sedekah
Firman Allah s.w.t. :
"Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami kurniakan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang daripada kamu; lalu dia berkata : Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk di dalam orang-orang yang soleh?"
"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu ajalnya. Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan".


7/14/2005

Wednesday, July 13, 2005

An Angel's Kiss for You!

You are my friend, my pal, my chum,
You're my sunshine when I'm glum.
The rain may fall, and I might too,
But I know you'll catch me when I do.
You're my shoulder to cry on,
And someone I can always rely on.
So to you I have to say,
That our friendship will always stay.
If I could have just one wish,
I'd grant you an angel's kiss.
And maybe then, you'd really see,
Just how much you mean to me.
No matter what, I'll love you too,
And if I die before you do...
I'll go to heaven and wait for you.
I'll give the angels back their wings,
And risk the loss of everything.
Just to prove
Our friendship is true,
I'm thankful to have a friend like you!

I wish you knew....


I wish you knew
how much I care for you
I wish you knew
that you make me cry
I wish you knew
how I hurt inside
I wish you knew
how I wish I could give up on you
I wish you knew
that it would hurt me so
I wish you knew
all the lies you told
I wish you knew
that I love you so
I wish you knew
that I want to be with you
I wish you knew...........

Addict

A small view from a glance.
Visioned a thousand times and beyond.
Mesmerised by the bodies sway.
How the sun glistens through a blue sky day
The smell of flowers blow by and enchant you in a way.
You sleep and wake and dream of the moment.
Hope, scream and pray to feel that way.
That instant you found your love.
The time you lost your faith.
To sacrifice a dream just to think of it again.
Begin to see images and squint to stay sane.
The way blood beats faster through your body.
What words can I use to explain what these feelings might be.
Now it's lost and gone.
Like a withdrawal, yet again I'm all alone.

me: nukilan hamba Allah...13/7/2005

Monday, July 11, 2005

Anthony Robbins....lotus tout...

ONE. Give people more than they expect and do it cheerfully.

TWO. Marry a man/woman you love to talk to. As you get older, their
     conversational skills will be as important as any other.

THREE. Don't believe all you hear, spend all you have or sleep all
     you want.

FOUR. When you say, "I love you," mean it.

FIVE. When you say, "I'm sorry," look the person in the eye.

SIX. Be engaged at least six months before you get married.

SEVEN. Believe in love at first sight.

EIGHT. Never laugh at anyone's dreams. People who don't have dreams
     don't have much.

NINE. Love deeply and passionately. You might get hurt but it's the
     only way to live life completely.

TEN.. In disagreements, fight fairly. No name calling.

ELEVEN. Don't judge people by their relatives.

TWELVE. Talk slowly but think quickly.

THIRTEEN. When someone asks you a question you don't want to answer,
     smile and ask, "Why do you want to know?"

FOURTEEN. Remember that great love and great achievements involve
     great risk.

FIFTEEN. Say "bless you" when you hear someone sneeze.

SIXTEEN. When you lose, don't lose the lesson

SEVENTEEN. Remember the three R's: Respect for self; Respect for
     others; and responsibility for all your actions.

EIGHTEEN. Don't let a little dispute injure a great friendship.

NINETEEN. When you realize you've made a mistake, take immediate
     steps to correct it.

TWENTY. Smile when picking up the phone. The caller will hear it in
     your voice.

TWENTY-ONE. Spend some time alone.

Martyrdom



It's clear upon the world
As soft as flowers
As sharp as swords are we
Fill the air with fragrance
Or bathe in blood shall we
The dancing rays everywhere
Have put to flight
The darkness of the night
Awake are now the mad ones
Awaken the whole world shall we

Rahsia Kelahiran Dalam Kalendar Islam

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda
dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan: -

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yangsempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul AwalPerwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul AkhirPerwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidakmahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

RejabSemasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu
banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Dalam Kerendahan Diri, Ada Ketinggian Budi,
Dalam Kemiskinan Harta, Ada Kekayaan Jiwa,
Dalam Kesempitan Hidup, Ada Keluasan Ilmu....
Hidup Ini Indah Jika, Segala2nya Kerana Allah.

Tarbiyatul aulad: Rahsia jadi ayah yang berkesan

Rahsia jadi ayah yang berkesan Oleh Endok Sempo Mohd Tahir

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:

Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.

Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen `penyelesai masalah' yang baik apabila dewasa berbanding kanak- kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.

Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.

Anak yang tidak berbapa.

Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan
ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:

Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.

Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.

Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit
dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.

(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)

Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.

Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam
penyelidikannya mengenai `kebapaan' ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:-

1. Bapa yang komited dan bertanggungjawab.

Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka.

Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah.

Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan `hadiah' atau `anugerah' yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!

2. Kenali anak anda.

Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba
ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.

Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka

3. Istiqamah (tetap pendirian)

Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.

Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.

4. Melindungi, menyara dan mendoakan.

Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya `mengajar' anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.

5. Mencintai ibu mereka.

Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan `keibubapaan', bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak.

Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.

6. Menjadi pendengar yang baik

Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka `berhak' untuk didengari dan
diberi perhatian.

7. Jadikan diri anda `pemimpin' kerohanian.

Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan `keimanan' dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah
mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.


me: sangat sayang pada kedua ibubapaku...^_^...berharap akan menjadi ibubapa yang baik dan soleh bagi anak2 pada masa hadapan...aaaaaaaaaamiiiiiiin....insya Allah

Lelaki & Wanita-(mari kita renungkan)

Lelaki Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki.

Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa.)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?

Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...

maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA....

Sunday, July 10, 2005

Seksaan yang amat seksa.....

Wahai rakan2 ku sekalian berhenti dari berbalah,kerana berbalah akan
membuat manusia itu berpecah belah.....


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda
kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a.ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.

Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan,maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah! S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut Laa ilaaha illallahu Muhammadur Rasulullah, mengapakah kamu semua hendakmembunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.

Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang untuk sembahyang

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Thursday, July 07, 2005

Tempahkan Sebuah Bilik Neraka Buatku...

Menurut majalah tersebut, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.


Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.

"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

Monday, July 04, 2005

A Letter to the Culture that Raised Me


Growing up, you read me the Ugly Duckling. And for years I believed that was me. For so long you taught me I was nothing more than a bad copy of the standard.
I couldn’t run as fast or lift as much. I didn’t make the same money and I cried too often. I grew up in a man’s world where I didn’t belong.
And when I couldn’t be him, I wanted only to please him. I put on your make-up and wore your short skirts. I gave my life, my body, my dignity, for the cause of being pretty. I knew that no matter what I did, I was worthy only to the degree that I could please and be beautiful for my master. And so I spent my life on the cover of Cosmo and gave my body for you to sell.
I was a slave, but you taught me I was free. I was your object, but you swore it was success. You taught me that my purpose in life was to be on display, to attract, and be beautiful for men. You had me believe that my body was created to market your cars. And you raised me to think I was an ugly duckling.
But you lied.
Islam tells me, I’m a swan. I’m different-it’s meant to be that way. And my body, my soul, was created for something more.
God says in the Quran: ‘O mankind, We created you from a single (pair) of a male and a female and made you into nations and tribes, that you may know one another (not that you may despise each other). Verily, the most honored of you in the sight of God is the one who is most righteousÓ (Quran 49:13).
So I am honored. But it is not by my relationship to men. My value as a woman is not measured by the size of my waist or the number of men who like me. My worth as a human being is measured on a higher scale: a scale of righteousness and piety. And my purpose in life-despite what the fashion magazines say-is something more sublime than just looking good for men.
And so God tells me to cover myself, to hide my beauty and to tell the world that I’m not here to please men with my body; I’m here to please God. God elevates the dignity of a woman’s body by commanding that it be respected and covered, shown only to the deserving-only to the man I marry.
So to those who wish to ‘liberate’ me, I have only one thing to say:
Thanks, but no thanks.
I’m not here to be on display. And my body is not for public consumption. I will not be reduced to an object, or a pair of legs to sell shoes. I’m a soul, a mind, a servant of God. My worth is defined by the beauty of my soul, my heart, my moral character. So, I won’t worship your beauty standards, and I don’t submit to your fashion sense. My submission is to something higher.
With my veil I put my faith on display-rather than my beauty. My value as a human is defined by my relationship with God, not by my looks. So I cover the irrelevant. And when you look at me, you don’t see a body. You view me only for what I am: a servant of my Creator.
So you see, as a Muslim woman, I’ve been liberated from a silent kind of bondage. I don’t answer to the slaves of God on earth. I answer to their king.
p/s: fowarded by a friend through email

Cerita angan tak sudah...^_^

name aku Minah
aku ade teman lelaki
name teman lelaki aku Mat

kitorang dah lame kenal
dah lama saling sayang menyayang
kalo lepak same2 pon kadang2 dah naik bosan

tapi satu hari tu
kitorang keluar laa jalan2 macam biase
tapi aku terase lain macam sket
si Mat bawak aku pegi kedai emas
die nak beli cincin
hadiah untuk kakak die katenye

lpas tu die bawak pegi kedai baju pengantin
nak usha2 baju utk kakak die jugak katenye
aku pon ikut je laaa
tapi si Mat beriyer tanye aku yang mane yang aku paling suka

lpas tu, kitorang pegi kedai bunga
Mat beli sejambak bunga ros merah
pun untuk kakak die jugak katenye
aku pon malas laa nak tanye banyak2
same je jawapan die dari tadi

tak lama lpas beli bunga tuh
tibe2 Mat berenti..
die berdiri tegak memandang ke arah aku..
mukanya agak kemerahan
panas kot

tapi die senyum2..
dan tunduk memandang kasut sendiri
tibe2 die 'go down on one knee'
maka secara automatik aku pon teringat laa lagu avril
"i want to see you go down on one knee..marry me today..."

Mat memanggil nameku..
"Minah..."
sambil menghulurkan cincin dan bunga ros tadi
aku terdiam....
aku terpaku di situ...

perasaanku mula bergelora
sudah terbayang pelamin indah tempat kami bersanding
tiba2 terbayang keluarga dan anak2
tanggungjawab yang berat terhadap keluarga
sudah bersediakah aku...?

tetapi aku gembira
dalam tak sedar, airmataku mengalir perlahan di pipi
Mat masih tunduk...
die memanggil namaku lagi skali
"Minah..."

dalam tangisan kegembiraan aku menoleh ke arah Mat
dan pada masa yang sama juga Mat mendongak
memandang ke arahku
mata bertentang mata..
Mat bersuara...

"Laaaa..ni apsal nangis2 nih?? Tetibe je..gile ape??
Dah laaa orang panggil banyak kali tak jawab..
tolong laaa pegang bende2 ! ni jap..aku nak ikat
tali kasut nih..cepat laaa..panas
nih..ishhhh..susah btol orang sentimental nih..."

Dan aku pon meraung bagai nak gile
malunye aku
hampeh ko Mat..bile nak masuk minang nih..??

My Babbling

Advice (31) Akhlak (42) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (19) Dua' (14) Education (54) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (223) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (28) Tarbiyah (120) Tazkirah (109) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)