Sponsored Link

Friday, February 27, 2004

Love letter...^_^

Love letter...must read...very nice...

Read this "HATE letter". It is so funny and creative. This is aloveletter from a boy to a girl.... However, the girl's father does not like him and want them stop their relationship......and so.. the boy wrote this letter to the girl..he knows that the girl's father will definitely read this letter..

1 "The great love that I have for you
2 is gone, and I find my dislike for you
3 grows every day. When I see you,
4 I do not even like your face;
5 the one thing that I want to do is to
6 look at other girls. I never wanted to
7 marry you. Our last conversation
8 was very boring and has not
9 made me look forward to seeing you again.
10 You think only of yourself.
11 If we were married, I know that I would find
12 life very difficult, and I would have no
13 pleasure in living with you. I have a heart
14 to give, but it is not something that
15 I want to give to you. No one is more
16 foolish and selfish than you, a nd you are not
17 able to care for me and help me.
18 I sincerely want you to understand that
19 I speak the truth. You will do me a favor
20 if you think this is the end. Do not try
21 to answer this. Your letters are full of
22 things that do not interest me. You have no
23 true love for me. Good-bye! Believe me,
24 I do not care for you. Please do not think that
25 I am still your boyfriend."

So bad!! However, before handing over the letter to the girl,the boy told the girl to "READ BETWEEN THE LINES", meaning-only to read >>>>>1.3.5.7.9.11.13 (Odd Numbers) So..Please try reading it again! It's so smart & sweet.... :)

Friday, February 20, 2004

Kesabaran.


1. Sabar diletakkan sebelum Solat di dalam firman Allah SWT: "Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat" (Al-Baqarah 2:40)
2. Sabar disebut di dalam Al-Quran lebih dari 70 kali. Antaranya
:"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya" (Ali Imran 3: 200)

3. Sumber kesabaran adalah Iman dan Taufiq daripada Allah. Ia tidak mungkin hanya bergantung kepada azam dan semangat semata-mata. Firman Allah
:"Dan bersabarlah kamu, bahawasanya kesabaran kamu itu tidak mungkin melainkan dengan Allah." (An-Nahl 16: 127)

4. Sabar juga menjadi nasihat utama yang diberikan oleh Luqman Al-Hakim kepada anaknya ketika menyebut tentang kewajipan solat serta mengerjakan al-amr bil ma'ruf wa an-nahy 'an al-munkar. Firman Allah:
"Dan bersabarlah kamu terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya ia merupakan perkara yang memerlukan keazaman (yang kuat)" (Luqman 31: 17)

5. Allah juga memberikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Firmannya:
"Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali'. Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk." (Al-Baqarah 2: 155-157)

6. Mereka yang kehilangan sesuatu kerana sabar, dijanjikan Allah dengan gantian yang lebih baik bahkan terbaik.
"Dan Kami pasti memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar, dengan ganjaran yang terbaik di atas apa yang mereka lakukan" (An-Nahl 16: 96)

7. Perbuatan-perbuatan baik yang lain, Allah janjikan balasan tertentu untuknya. Akan tetapi, ganjaran sabar tidak Allah tentukan bahkan kepada kadar yang tidak mungkin dapat dihitung.
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar bakal beroleh ganjaran mereka dengan keadaan yang tidak dapat dihitung." (Az-Zumar 39: 10)

8. Rasulullah SAW menyifatkan sabar sebagai Dhayâ iaitu sumber cahaya. Ertinya, sabar itu adalah sumber kepada kebaikan-kebaikan yang lain.
9. Kerana sifat sabar, Allah SWT menjadikan segala urusan orang-orang yang beriman itu baik. Rasulullah SAW bersabda:
"Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Muslim)

10. Sesungguhnya bala bencana yang ditimpakan Allah ke atas seorang mukmin adalah tanda bahawa Allah menginginkan kebaikan untuknya. Rasulullah SAW bersabda:"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Al-Bukhari)"Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!" (At-Tirmizi & Ibn Majah)
11. Sebahagian daripada sahabat Nabi RA pernah menyebut "Sesungguhnya kami tidak menganggap iman seorang lelaki itu sebagai iman yang sebenar jika beliau tidak bersabar apabila ditimpa ujian."
12. Sabar mestilah ditangani dengan perasaan tenteram tidak 'melatah' dengan ujian yang datang. Lihat contoh kisah Ibu Musa AS semasa anaknya yang dihanyutkan itu, ditemui di dalam istana Firaun. Firman Allah SWT:"Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong (dari sebarang ingatan kerana mengenangkan anaknya). Sesungguhnya nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah)." (Al-Qasas 28: 10)
DENGAN INGATAN TULUS IKHLASADMIN N MT RAUDHAH.COM

Tuesday, February 10, 2004

Buat insan bergelar gadis.

Assalammualaikum..

Marilah sama-sama kita hayati sajak ini sesuai untuk diri kita yg bergelar gadis..Hayatilah jika benar2 kita hayati in-syaallah sajak ini kita boleh menjatuhkan air mata dan dapat dijadikan peringatan buat kita..(dipetik darai majalah an-nasihah kmpp 2002)

Gadisku, Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.

Kau umpama sekuntum bunga,harum aromamu bias menarik sang kumbang untuk mendekatimu.

Namun...tidak semua bunga senang didekati sang kumbang lantaran duri yg memagari diri,umpama mawar merah,dari jauh sudah terhidu keharumannya.

Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku, Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.

Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan MALU YG BERTUNJANGKAN KEIMANAN DAN KEINDAHAN TAKWA KEPADA ALLAH...

HiASILAH WAJAHMU dengan titisan wuduk.

INGATlAH CIRI-CIRI SEORANG WANITA SOLEHAH IALAH DIA TIDAK MELIHAT LELAKI DAN LELAKI TIDAK MELIHAT KEPADANYA.

Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah,umpama sebutir permata yg didedahkan untuk perhatian umum dengan suatau permata yg diletakkan dalam bekas tertutup.

Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk meliaht sesuatau yg tersembunyi,melebihi sesuatu yg terdedah.

WANITA SOLEHAHyg patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yg bernama Adam.

Namun segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yg bersarang dalam dirimu.

Lebih-lebih lagi dgn title gadis yg engkau miliki,sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada.

Namun ingatlah gadisku...sesiapa yg inginkan kebaikan,maka Allah akamn memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu.

Yang penting gadisku engkau miliki azam,usaha,dan istiqamah..

Gadisku, Akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki.

Seandainya PAKAIAN MALUMU KAU TANGGALKAN DARI TUBUHMU,maka sudah tidak ada perisai yg dapat membetengimu.

Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu"tidak ada suatu fitnah yang lebih besar,yg lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita.

"Oleh itu gadisku,setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan As-Sunah.

Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.

Seseungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu setaraf kaum Adam.

Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yg bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku, Dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi.

Itulah fitrah semulajadi setiap insan,namun ramai antara kaummu yg tewas kerana CINTA....bercinta tidak salah,tetapi memuja cinta itu salah.

Ini adalah kerana, KERANA CINTA MANUSIA SANGGUP MENJUAL AGAMA DAN KERANA CINTA MARUAH TERGADAI.

Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta.

Benarlah SABDA RASULULLAH SAW MEMBAWA MAKSUD,"Sesungguhnya cinta itu buta"Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yg hak dan batil,jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana ALLAH SWT.

Sebelum engkau mendekati cinta,cintailah dirimu terlebih dahulu.

Cintailahdirimu yg unik itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik.

Asal kejadian dari setittis air yg tidak berharga,lalu mengalami proses pembetukan yg sempurna hasil rencana ALLAH.

Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap ALLAH dan dgn itu,akan timbul CINTADAN KASIHMU TERHADAP PENCIPTAMU...

Gadisku, Menyintai ALLAH DAN RASUL MELEBIHI CINTA TERHADAP MAKHLUK ADALAH CINTA YG HAKIKI DAN ABADI.

Seindah hiasan adalah wanita solehah

My Babbling

Advice (32) Akhlak (42) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (15) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (19) Dua' (14) Education (54) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (77) My Reading (42) My Stories (224) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (16) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (28) Tarbiyah (120) Tazkirah (109) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)