Sponsored Link

Friday, August 31, 2012

La Tahzan (Don't Be Sad): Setelah Kesulitan Pasti Ada Kesenangan 6

Auzubillahi minas syaitanir rajim Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim... 



Penulis: Sambungan dari bahagian yang kelima untuk rumusan buku...^_^
Nama Buku: Jangan Bersedih (Sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan)
Penulis: Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni
Penterjemah: Noraine Abu
Penyunting: Dr. Mohd Puzhi Usop
Cetakan 2011, Al Hidayah Publication.


61. Jangan Bersedih, sesungguhnya Sabar di atas perkara yang tidak disukai dan kesalahan adalah menuju kejayaan.

Allah berfirman (a-Nahl-127) "Besrsabarlah (Hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah. 

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang melatih dirinya untuk bersabar, nescaya Allah akan memberikan kepadanya kekuatan sehingga mampu bersabar.

62. Jangan Bersedih dengan perilaku manusia terhadapmu, tetapi perhatikanlah tingkah laku mereka terhadap Allah.

Tidak perlu bersedih dengan perilaku orang lain kepada anda.

63. Jangan bersedih kerana kesulitan mencari rezeki.

Sesunsungguhnya rezeki itu datang dari Allah, dan Dialah yang berkuasa telah mengaturkan segala.Tidak perlu menyanjung atau merendah pada manusia, kerana rezeki mereka datang dari Allah jua. 

Banyakkan solat sunat Dhuha dan membaca surah al-Waqiah.

64. Jangan Bersedih, kerana di sana banyak Jalan meringankan musibah.

Setiap masalah pasti ada penyelesaian, setiap penyakit ada ubatnya melainkan mati. Bersabarlah dan bersyukur, padang dan lihat disekeliling anda.

65. Jadilah diri anda sendiri

"Always be yourself", jangan hipokrit, setiap manusia mempunyai kelebihan, potensi dan bakat masing-masing. 

66. akan bersambung dibahagian yang keenam...^_^

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Tuesday, August 28, 2012

Missed Calls?

Auzubillahi minas syaitanir rajim Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...


Terlepas panggilan, aduyai macam mana ni...tidak mengapa...
Insya Allah, ada rezeki takkan ke mana, mereka akan telefon kembali insya Allah....


Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Angin Malas.

Auzubillahi minas syaitanir rajim Assalamualaikum... 

Ya Tuhan, angin malas sudah datang, mood pun tiada...huhu....

Minta maaf minta ampun...:(

Bila?
Tak tahulah

Hmm, tengok keadaanlah....:)

Bismillahirrahmanirrahim... Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.


Kata-kata Hikmah Hari ini: Ibubapa


Auzubillahi minas syaitanir rajim 
 Bismillahirrahmanirrahim... 
Assalamualaikum...
"Jika inginkan anak yang menghormati dan menyayangi anda ketika anda sudah lanjut usia dan uzur nanti, berbaktilah kepada kedua ibu bapa anda dengan penuh kasih sayang. Bagaimana anda melayani ibu bapa anda sekarang, begitulah anak anda akan melayani anda nanti. Sekurang-kurangnya, telefon ibu bapa anda beberapa kali seminggu. Jika ibu bapa anda sudah tiada, ziarah dan bantulah orang-orang tua lain."
~Jamilah Samian 1 Ogos 2012~

 Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Kewajipan seorang Muslim ke 26: Menjaga Sekalian Anggota


Auzubillahi minas syaitanir rajim
Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim... 

26. Menjaga Sekalian Anggota.

Kewajipan ini berdasarkan firman Allah s.w.t:



"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya." (QS. al-Isra':36)
Wajib ke atas orang mendengar suatu yang ditegah syarak untuk menegah pelakunya jika ia tidak takut, kepada tindakannya. Kita harus menjaga tubuh dan anggota badan dari melakukan maksiat dan juga perbuatan dan perbuatan yang sia-sia. Jika susah, harus berusaha berulang kali. Contohnya mengumpat atau juga mendengar umpatan dosanya sama sahaja.

Berkata sebahagian ulama: " Di antara  kewajipan ke atas  seorang mukallaf ialah menahan pandangannya dari melihat kepada segala yang haram dengan tujuan merasai kelazatan. Tidaklah pada pandagan pertama tanpa sengaja itu dikira dosa".

Ibnu al-Qattan berkata: "Telah disepakati bahawa mata itu sendiri tidaklah terikat dengannya dosa, akan tetapi ia merupakan anggota paling besar peranannya dalam menimbulkan penyakit kepada hatidan perkara paling panas dalam membawa keruntuhan pada dunia dan agama.

Ingatlah dari pandangan mata itu akan turunnya ke hati.

Sumber Buku: 50 Kewajipan seorang Muslim oleh Muhammad bin Abi Bakr dan diterjemahkan oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzli cetakan 2010 Penerbitan Dar Hakamah.

Penulis: Mata, Tangan, Mulut, lidah, telinga, jari, kaki, minda, hati dan setiap apa yang dibadan hendaklah berjaga, ya Allah sesungguhnya hamba mu ni selalu lupa, alpa, dan lalai...Astaghfirullah...

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Monday, August 27, 2012

Sepuluh Hari sudah berakhir...

Fatma Az Zahra yang pendiam :)
Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim... 

Alhamdulillah cuti sepuluh hari akan berakhir, esok saya akan pulang kembali ke Batu 9 Hulu Langat Cheras, ya kembali bekerja, ayuh pulanglah semangat berkerja...:D

Sekarang masih bermalas-malasan dirumah, Chenor tengah dituruni hujan rahmat dari Allah s.w.t, sejuk hingga terasa ke sumsum tulang...sesejuk hati ini, lapang dada rasanya...^_^...ya Allah moga-moga hujan ini membawa rahmat keseluruh mahkluk...insya Allah...dan moga-moga kelapangan ini akan berterusan...

Mula terasa kejap cuti, pejam celik pejam celik berlalu sudah 10 hari. Alhamdulillah, raya tahun ini walau terasa kehilangan, masih ada yang lain mengisi dan memenuhi kehilangan...malam raya saya dan emak menangis bersama-sama, tidak terungkap dengan kata-kata...pasti teringat...tangisan dengan perempuan memang tidak dapat dielakkan...:)

Aktiviti raya, macam biasa, walaupun abg min and abg pa tidak beraya disini, aktiviti yang biasa kami buat macam biasa :). Malah ada ativiti baru, dua hari berturut kami melawat kubur Arwah encik, kami bertahlil dan membacakan Yasin, abg min dah boleh "lead" tahlil, itu salah satu faedahnya bersekolah agama :). Raya Pertama, kedua, dan ketiga masih ramai lagi saudara mara datang terima kasih kerana ingat walaupun arwah ayah sudah tiada.


Raya ketiga saya buat laksa penang macam biasa, arwah encik sukakannya, Alhamdulillah bagi kesempatan saya belajar dan ada kesempatan buatkan untuknya...


Raya ke empat Kami adik beradik masih lagi berkumpul antara satu sama lain, kami organize steamboat ala chenor style ^_^.

Dan budak-budak ni hampir setiap malam main bunga-bunga api dan mercun kot...huhu...termasukah saya ;).

Cuma satu kot, kami tidak begiu beria-ria nak mengambil gambar sekeluarga...hmm...mungkin disebabkan tiada dlsr abg min kot...:)... I guess no raya family portrait this year...hmm...

Dan Raya kali ini, banyak bawak mak pegi melawat saudara mara, walaupun hari raya adalah hari untuk bergembira, masih ada yang jatuh sakit dan berduka, ya Allah permudahkan dan kurangkanlah kesakitan mereka, moga-moga kesakitan menjadi kifarah atas dosa-dosa yang telah lalu dan ringankanlah beban pada mereka yang berkorban menjaga mereka semua....hanya Allah yang mampu balas jasa mereka...

Ya Allah semoga kau meringankan dan mengurangkan azab bila kematian mendekati dan menghampiri ibuku, diri ini, serta keluarga dan sahabat-sahabatku serta muslimin dan muslimat sekalian alam...insya Allah.


Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Ujian untuk jawatan Pegawai Psikologi S41: Gagal!

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...

Bulan lepas saya pergi menduduki ujian untuk pegawai psikologi, dua minggu lepas keputusan keluar,, lyd yang inform....nampaknya bukan rezeki saya...ya bukan rezeki saya...ada yang lebih terbaik untuk menjadi pegawai psikologi...bukan saya...saya macam dah agak...

hmm terfikir kena ambik tuition maths dengan ziza and tution pasal kerajaan dengan abg min agaknyer...hahaha...mungin otak kepala ini sudah beku lama tidak mengambil peperiksaan...
aah...minda manusia sentiasa dahagakan penjelasan dan sebab bila berlaku sesuatu...ya suka bertanya kenapa? kenapa? dan kenapa?

Saya gagal! Ya saya gagal, :(...termenung jugak saya untuk beberapa hari...hati memujuk pada minda, kegagalan itu ada hikmahnya...insya Allah :), saya harus berusaha lebih keras.....

Apa-apapun Alhamdulillah, ya semoga Allah sediakan jalan yang lebih baik untuk saya...insya Allah.

Tahniah kepada kawan-kawan semua yang berjaya, saya doakan agar anda akan berjaya dalam temuduga, buat yang terbaik agar dapat berbakti pada masyarakat...Insya Allah...

Biar kamu semua dapat mendidik masyarakat supaya hilang "stigma"  yerhadap perkara yang berkaitan dengan kesihatan mental. :)....masyarakat kita perlu lebih bersikap terbuka pada masalah kesihatan mental di masa kini...kerja kerana ikhlas kerana Allah...insya Allah.


p/s: belated entry, baru post hari ini...ketika blogger lain sibuk menyatakan pasal Raya, saya cerita pasal perkara lain...:)

 Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Sunday, August 26, 2012

Sukar...kesukaran...

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...


Sukar, saya akui agak sukar.
Hmm..entah kenapa saya sudah berjanji takkan berkata-kata apa-apa lagi, malah menahan diri dari berkata apa-apa,
Tapi…entahlah..saya pun tidak pasti ke mana akan berakhir ‘entry’ ini…
Dulu agak mudah, namun sekarang agak menjadi tidak selesa…
Ya Allah sungguh kau menguji hamba mu ini, mungkin dulu saya masih belum betul-betul diuji lagi, dulu saya katakan saya mampu, namun sekarang lebih mencabar...
Alhamdulillah, saya terima tidak mengapa…
Terasa sudah lama, maka saya fikir saya akan oleh menghadapi, walaupun tidak seperti dulu namun masih ada sedikit rasa,
Ya Allah, saya gusar sebenarnya, malahan takut, sebab itu saya memilih untuk mediamkan diri,
Apatah lagi saya tidak layak untuk menyatakan apa-apa lagi…
tidak boleh rasa apa-apa, tidak patut rasa apa-apapun lagi...
Malahan jika saya menyatakan apa-apa lagi, atau rasa apa-apapun ia akan menjadi dosa pada saya,
iya dosa kepada saya...
Ya Allah ampunkanlah hamba mu ini…
Berusaha untuk mengasingkan diri…terasa itu yang terbaik harus dilakukan…
Jika dulu saya hanya menunggu rasa ini akan pergi…
Namun saya sedar, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang jika dia sendiri yang tidak mahu berubah,
Ya harus berusaha, maka kini saya sungguh berusaha...
kini saya sendiri berdoa agar tiada apa-apa, Hanya mampu mendoakan kebaikan untuknya…
Moga kembali pada apa yang sepatutnya…kosong…

Muhammad Muaz Fitri :)

Ya Allah biarlah rasa yang sepatutnya ini hanya ada untuk si dia yang halal untukku…yang akan disimpan sehingga sampai waktunya...
Ya Allah ku bersyukur dengan apa yang telah, sedang dan akan dikurniakan untukkku,
Ya Allah, ku memohon kurniakanlah cinta kepadaMu kepadaku, kurniakanlah cinta terhadap perkara-perkara yang mencintaimu,Jika perkara yang baik itu berlaku padaku suatu hari nanti, maka biarlah dia seseorang mencintaimu jua Ya Allah....
Moga si dia  yang telah Kau tetapkan untukku Menerima keluargaku seadanya, menerima diri ini seadanya,
Moga dia yang telah kau tetapkan untukku menambahkan kecintaanku kepada Mu,
Dan aku memohon pada mu ya Allah jadikanlah diri ini dan loronganlah diri ini agar menjadi mampu mejadi yang terbaik untukknya lagi ,
Dan Ya Allah, moga dia juga meyukai diri ini, dan moga dia menyukai diri ini kernamu Ya Allah…dan diri ini juga meyukainya kerna mu ya Allah...

Ya Allah moga diri ini sentiasa memperbaiki diri...dan lebih mendambakan cinta Mu Ya Allah.

Penulis: Wahai imamku, dimanakah kamu?

P/s: Tidak lama,waktu akan berlalu dengan cepat bersabarlah, pasti kamu dapat menghadapinya…
Allah menguji kamu dengan apa yang kamu mampu hadapi, percayalah…J
dan janganlah kamu berkecil hati dengan perkara yang kecil kerana ia hanyalah dan tetap perkara kecil sahaja ^_^….



 Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Lagu Pada Bulan Ini: Teman Pengganti~ Malique ft Black~


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim... 


Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami


Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri


Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti


Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi

Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/06/lirik-lagu-teman-pengganti-black-ft.html#ixzz24f8vzNru



Penulis: Asyik ulang dengar lagu ni, hmm...not my type of music that i like to listen, tapi liriknya...buat saya berfikir secara mendalam...setiap bait ada makna yang mendalam...

apa akan berlaku jika...? bagaimana kalau.....?...hmmm...quite sad song actually....rasa macam lagu raya pun ada....

masya Allah banyaknya yang kita perlu bersyukur, takkan pernah habis....ya sewaktu kita sihat...dan yang pasti kita akan kembali pada Nya...

Pembaca macam mana? apa yang kamu fikirkan bila dengar lagu ini...apa yang difahami lagu ini...

 Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Ampunkan Saya...


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah, apa yang telah aku lakukan...

Sudah lama...sudah lama...sudah lama tinggalkan...

Ya Tuhan Ampunkan hamba mu ini yang lemah imannya....ampunkan saya....:(

p/s:...penyesalan tetap tinggal penyeselan...:(...alangkah ruginya....


 Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Mimpi yang Ngeri.


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...

Ya tuhan, mimpi, mimpi, mimpi...

Ya Allah...jauhkanlah dari bisikan dan gangguan syaitan, Astaghfirullah...

p/s: terlalu memikirkan hingga muncul dalam waktu tidur...ya tidur makin tidak lena...Ya Allah...moga-moga akan baik-baik belaka...

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.


Thursday, August 23, 2012

Salam Adilfitri Syawal 1433/Ogos 2012

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim... 

Salam Aidilfitri 1433, Selamat tinggal Ramadhan Kareem 1433, moga-moga kita akan ketemu lagi, Insya Allah...Moga-moga amalan ibadat kita semua diterima, moga-moga amal ibadat itu akan berterusan dan istiqamah insya Allah...peperangan akan lagi betambah berat semula...

Salam untuk pembaca yang dikasihi semoga anda semua senantiasa diberkati dan dibawah perlindungannya, insya Allah...Maaf Zahir dan Batin. 


p/s: Baru ada kesempatan yang panjang sedikit untuk menjengah di sini, syukur saya bersyukur, cuma tidak dinafikan emak dan saya ada terasa kehilangan, ya agak terasa...astaghfirullah, jadikanlah kami dikalangan hamba-hambamu yang soleh, sabar dan tabah...Insya Allah.

Terima Kasih atas sms anda semua, saya sangat-sangat menghargai atas ingatan, insya Allah akan dibalas jua, maaf kerana lambat membalas...

Salam Aidilfitri, Taqabbalullah minna waminkum, maaf zahir dan batin.
Semoga Allah merahmati semua pembaca dan keluarga.



Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Sunday, August 12, 2012

BERNAS | Hari Raya 2012 (The Journey) TV Commercial (English Subs)



Assalamualaikum...Bismillahirrahmanirrahim...

Penulis: Masya Allah....Meleleh habis...ulang kali tengok pun nangis,  Ya Allah...


Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Saturday, August 11, 2012

Smile


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...


"Sometimes your joy is the source of your smile, 
but sometimes your smile can be the source of your joy." 
~Thich Nhat Hanh~


Penulis: Senyum sahaja, Insya Allah semua akan menjadi baik-baik sahaja :)


Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Thursday, August 09, 2012

Mampukah, bolehkah?...Insya Allah.


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, terasa masa cepatnya berlalu, sudah sampai sepuluh terakhir Ramadhan 1433, semoga ia membawab seribu keberkatan dan kebaikan pada semua makhluk.

Ya Allah moga-moga Ramadhan kali ini tidak akan disia-siakan oleh kami semua, mampukah?
Insya Allah...mengejar setakat mana yang mampu. Moga-moga ia membawa perubahan baik pada bulan-bulan yang seterusnya.

Tentang kerja, masih berusaha, terlalu banyak checklist yang masih belum siap, sempatkah?
Insya Allah. Kurang bercakap dan fokus pasti boleh.

Kadar prestasi kerje yang kurang, ya kurang keberkatan sejak akhir-akhir ni, jangan sia-siakan lagi, bolehkah?
Insya Allah, ingat tentang keberkatan, ingat tentang halal dan haram. Ya betul rezeki itu datang dari Allah, tetapi Allah sampaikan kita melalui channel yang ada didunia ini, maka seharusnya kamu patut jujur dan amanah terhadap tempat bekerja.

Dalam usaha Mencari Peluang yang lebih baik, macam mana?
Insya Allah, masih mencuba, mampu cuba sahaja, tak usaha maka tidak tahu. Sesungguhnya, rezeki itu telah ditetapkan oleh Allah pada setiap hambanya. Usah Khuatir, usaha, doa, tawakkal.

Tentang Puasa, bagaimana?
Insya Allah, lebih khuatir tentang puasa hati, lidah, serta anggota badan yang lain...moga-moga semua mampu untuk berpuasa semuanya seperti puasanya perut.

Tentang rasa bagaimana...tetap hanyalah mainan perasaan kamu sendiri sahaja, ingat kamu tiada hak, tidak layak, tidak boleh...malah lebih mendatangkan dosa kepada kamu sendiri... T___T...mampukah?
Insya Allah...mampu...sabarlah dan tabahlah...tidak lama lagi, sekejap saja....masa akan berputar dan berlalu dengan sekejap sahaja.

Akhirulkalam, salam ramadhan, selamat menjalani ibadah puasa, bersolat tarawih, bersahur, bertadarus Al-Quran dan bangun malam pada pembaca yang dikasihi sekalian, lakukan apa yang kamu termampu di bulan yang mulia ini....Insya Allah....:)

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih baik dari Ramadhan yang lepas, Insya Allah.

Wassalam

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Sunday, August 05, 2012

Bila kanak-kanak berkata 1

Irfan

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...


Kanak sesungguhnya sangat ikhlas dan tidak pandai menipu, mereka hanya kata apa yang ada dalam fikiran mereka tanpa rasa takut dan tidak ada niat langsung untuk melukai sesiapa, ya mereka sungguh suci sesuci embun pagi…

kadangkala terasa rindu dan ingin kembali pada zaman itu…

Untuk pengetahuan pembaca yang saya kasihi sekalian, saya mempunyai 16 anak saudara, 3 orang anak saudara perempuan dan 13 anak saudara lelaki…Alhamdulillah, rezeki Allah, buat masa ini insya Allah tiada penambahan….hehehe…abang dan kakak menyakat kalau ada mungkin ia dari saya…;P….akan datang insya Allah…J

Anak-anak saudara saya, yang paling sulung akan berumur 22 tahun bulan oktober nanti, manakala yang bongsu akan masuk 3 tahun pada bulan September nanti…sungguh kalau semua mereka ada dirumah, saya boleh jadi pening dan juga gelak tak sudah, garang semacam dan aneka ragamlah…madu dan racun juga untuk saya dan emak ^_^…

Saya nak kongsi satu perbualan yang kakak dengan anaknya yg bongsu sekarang, irfan…dia ceritakan pada saya selepas arwah ayah meninggal…dulu nak kongsi tapi tak bersedia lagi....

Irfan:Umi, kenape umi menangis? (memang mata kakak merah sambil menangis)
Umi: (Terdiam kakak sekejap)…umi menangislah, umi nangis sebab Ki(panggilan arwah ayah oleh cucunya) dah takde…umi sedih…
Irfan: Dia pulak yang diam ambil pandang muka ibunya….tapi tak lama dia kata kemudian; hmm umi kan ada engku (panggilan ayahnya)

Mungkin ingin memujuk ibunya barangkali, atau sekadar-kadar berkata-kata….
maklumlah bila kanak2 berkata-kata ^__^

Kejadian ini berlaku pada hari ayah meninggal, masa tu kakak baru balik dari hospital memang tengah menangis, dia nak gi tandas kakak yang teman…
Ya masih kecil anak itu, dalam usia 3 tahun apalah dia faham dengan kematian dan kehilangan, kita yang dewasa fikir, aah dia masih kecil,
tetapi selepas berape lama saya fikir, betapa dia nampak perkara yang sedih itu mudah bahawa kita masih ada orang disekeliling yang menyayangi kita…
yang harus kita sentiasa hargai….

Ya sebenarnya amat mudah cuma kita biasalah manusia yang ada perasaan…
Biarpun ada yang telah meninggalkan kita…pergi tidakkan kembali, tapi kita masih ada keluarga sekeliling ya syukurlah…jangan mudah terbawa-bawa dengan kesedihan…J..insyaa Allah suatu hari nanti kita semua akan pergi jua mengadap ilahi…Insya Allah moga kita semua akan ketemu di syurga….

mampukah?

hanya Allah sahaja yang tahu....

moga-moga diberi petunjuk dan hidayah insya Allah...:)


Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Kalau yang dicinta itu...


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...



kalau yang dicinta itu pada yang salah, maka ia menguatkanmu pada yang salah
kalau yang dicinta itu pada yang benar, maka ia menguatkanmu pada yang benar

kalau cinta kita tertumpah pada orang-orang yang beriman
maka kita akan dikuatkan pada hal - hal keimanan

dan sebaliknya!

"..tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah di hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus."
(al-hujurat: 7)

moga kita antara orang-orang itu, kawan! :)



Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Cintanya Awan Pada Hujan


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim..



“Hujan, tolong jangan pergi...” Kata Awan..


“Awan..., ada waktunya melepaskan itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban di dadamu hanya kerana tidak ingin aku pergi.”..Kata Hujan


“Tapi aku masih mampu...” Kata Awan..


Hujan tersenyum sambil berkata  “Ya, mungkin kau masih mampu. Tapi sampai bila kau akan mampu bertahan?..”


Awan terdiam....


“Aku harus patuh pada perentah Tuhan. Dan kau pun harus akur pada takdirNya. Dia tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi hamparan ciptaanNya yang Maha Agong menyejukkan tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku.” Kata Hujan...


Didada Awan semakin sedih, kesedihan itu membuatkan jiwa Awan terlalu mendung...


“Wahai Awan..Sungguh, kadang-kadang melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi, Allah kan ada? Mengapa mahu bersedih?” Kata Hujan pada Awan...Hujan sebak menahan perasaan....



“Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku dan Tuhanmu Hanya demi Tuhanku aku redha..Terima kasih Hujan. Mendengar kata-katamu, aku lebih mengenal siapa diriku.” Kata Awan....


“Allahuuuuuu Rabbiiiiiiiiiiiiiii Selamat tinggal wahai Awan. Doakan aku bermanfaat untuk mereka yang lain... Allahuakbar!!!!!!!!” Jerit Hujan bersama guruh berdentum kuat...


Airmata Awan jatuh tanpa henti-henti kerana tersedar kembali lalu insaf kerana selama ini cintanya pada Hujan melebihi cinta pada Ilahi.

Hujan pun turun bersama air mata. Sakit. Saat melepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya. Perasaan ini hanya sementara. Mungkin Langit tidak akan mengerti akan kesakitan Awan dan Hujan. Langit hanya menyaksikan. Tapi belum tentu Langit itu faham pengorbanan.

Awan, Hujan menghadiahkanmu Pelangi. Kamu lihat bukan? Subhananllah...


Penulis: Terima kasih pada http://adminskss.blogspot.com/2012/07/cintanya-hujan-pada-awan.html


 Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Kisah Pegawai Perkhidmatan Pelanggan 1: Indah khabar dari rupa



Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...

Kisah Pegawai Perkhidmatan Pelanggan 1: Indah khabar dari rupa

Dengan masa yang singkat yang tidak sempat nak survey habis-habisan…ni sahaja yang  Limah mampu...

Limah: Assalamualaikum, Selamat Tengah hari, ni Cantik Best Sangat Resort ke?
P.P.P: Ya, apa saya boleh bantu, Puan?

Limah: Saya nak tanye berkenaan apartment yang ada di sini, ada apartment 3 bilik tak?
P.P.P: Minta maaf tiada hanya ada dua bilik sahaja cik.

Limah: Hmm, okay, kalau macam tu apa kemudahan yang anda sediakan dalam apartment dua blik tu? Dapur, peti sejuk ada tak? Katil macam mana?

P.P.P: Kami ada sediakan kemudahan seperti TV, Jug, hot shower, fridge, katil ada 2 single beds, 1 queen and 1 single. Entertaiment ada swimming pool, and 5 minutes walking distance ke pantai.

Limah: Hmm menarik menarik, hmm masih ada apartment yang kosong tak? (risau kerana kurang dari 2 minggu dari cuti sekolah, takut tiada tempat)
P.P.P: Sekejap ye puan, saya check dulu. (bunyi lagu tunggu..ding dong untuk 1 minit). Hello puan, ya masih ada kekosongan?

Limah: Satu malam berapa RM?
P.P.P: RM240

Limah: Okay, kalau macam tu saya ambik dua apartment (2 bilik). Kena ada bayar deposit tak?
P.P.P: Ada bayar separuh, sila ambik number akaun dan slip bayaran sila bawa pada hari puan datang ye. Atas nama siapa ni ye?

Limah: Limah Binti Abdullah. Oh ye ke macam tu aje, saya akan inform balik melalui telefon ye untuk memberitahu saya sudah masuk deposit. Terima kasih banyak2 ye.

*Limah dengan gembira terus meletak ganggang kerana sudah dapat bilik dalam masa yang terdekat.
*dalam pada itu sambil check melalui facebook kakaknye, melihat komen2 agak positif mengenai tempat tersebut, menguatkan untuk continue decision.

2 minggu kemudian, semasa kejadian, Dengan hati gembira, Limah membawa keluarganya yang besar ke Cantik Best Sangat Resort menjadi Hampa.

Ali (abg si Limah): Hmm kecik sangat bilik ni, sinki bocor. Hmm macam mana nih!
Felisa: Fridge takde pon! Aok tanye tak ada fridge?
Limah: Ada, dia kata adalah.( muke brsalah)
Nukman (satu lagi abg si limah): dah lah kotor pulak, sampan dpn bertimbun depan tidak buang. Hmm…
Dan the comment continues…uhuk uhuk…

Hmm agak mengecewakan, kerana bilik2 yang diharapkan tidak seperti dinyatakan.
Fridge tiada, sinki dapur bocor, siling bilik air bocor.
P.P.P cakap macam nak makan orang dan buat muka, hmm…bila kita cakap elok2 buat muka.

P.P.P: “ Puan boleh cakap elok2 tak, saya ni manusia.
Felisa (kakak si limah): “Tadi saya dah cakap elok, tapi awak tak endah aje...lepas tu putar belit cakap pelanggan...lagipun Saya pelanggan saya ada hak, customer always right!”
dan ia continues...huhu tak perlu nak panjangkan ceritakan....

Namun yang menyedihkan bila P.P.P jawab cakap begini:


Felisa: Masa telefon, awak kata ada peti sejuk, ni takde pula.
P.P.P: Tetapi kami tak beritahu bilik yang mane kan yang ada peti sejuk? (amboi sedap pulak dia menjawab)
Felisa: Memanglah, tetapi kalau awak jujur bagitau ade certain bilik yang ada peti sejuk, mesti adik saya mahu apartment yang tu, tetapi awak tak bagitaukan yang hanya tertentu sahaja yang ada peti sejuk...kalau bagitau mesti adik saya sudah pilih...

and the dialogue continues....


Apa pun-pun sebabnya, pelanggan fight for their rights, jadinya selepas itu hampir setiap permintaan dipenuhi, sabun, tuala dan sebagainya dapatlah....huhu...


Moral: Setiasa berhati-hai atas kata janji manis penjual ( tidak kisah lah jual apa) kerana mereka sedaya upaya cuba mendapatkan kita, hanya kerana mencai rezeki yang tidak ada berkat...


p/s: betul tak semuanya begitu, ada yang masih jujur, namun sebagai pelanggan it is always good to be wise ^__^


Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Wednesday, August 01, 2012

Alhamdulillah...:)


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, rezeki bulan lepas dah masuk...

Gunakan sebaik-baiknya....

^__^

 Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.


p/s: Remember its not the question of how much you get, but how you used and utilize it....Ganbatte!!!

My Babbling

Advice (27) Akhlak (40) Al-Quran (24) Allah (19) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (17) Dua' (14) Education (53) Family (34) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (56) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (222) Parents (13) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)