Sponsored Link

Wednesday, June 27, 2012

Kewajipan seorang Muslim ke 25: Membuat Persediaan untuk Mati

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...


25. Membuat Persediaan untuk Mati.


Kewajipan ini berdasarkan firman Allah s.w.t:

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Ali Imran: 185)

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." (al-Anbiyak: 34)

Baginda s.a.w juga bersabda: "Seburuk-buruk waktu mohon maaf ialah ketika di ambang kematian dan seburuk-buruk waktu penyesalan ialah pada hari kiamat." (Riwayat Imam al-Baihaqi, Ibnu Asakir dan Ibnu Abi Syaibah dari Uqbah bin 'Amir al-Juhani r.a., Abu Dardak dan Ibnu Mas'ud r.a.)
Seorang penyair bermadah:
Sediakanlah bekalan dengan kebaikan yang akan menggembirakan kamu, kerana setiap orang yang menetap di suatu negeri akhirnya akan berpindah jua.

Seorang penyair lain juga bermadah:
Sediakanlah bekalan dengan baik dari amalan kamu, kerana teman bagi seseorang di dalam kuburnya ialah apa yang ia lakukan, ingatlah seorang manusia hanyalah tetamu bagi keluarganya, ia tinggal buat seketika bersama mereka, kemudian ia akan pergi.

Sebuah syair berbunyi:
Jika orang yang suka memfitnahku itu menanti-nanti kematianku, bertenanglah, kerana tidak ada seorang pun yang akan hidup sepanjang zaman, sekalipun seorang itu dapat hidup selamat di bumi, sekalipun seribu tahun lambat laun ia akan sampai ke kubur jua.

Sumber Buku: 50 Kewajipan seorang Muslim oleh Muhammad bin Abi Bakr dan diterjemahkan oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzli cetakan 2010 Penerbitan Dar Hakamah.

Penulis: Tiada yang kekal di dunia ini, semua akan mati jua. Ya Allah, sesungguhnya diri ini masih tidak cukup amalannya, terasa malu ingin berhadapan dengan Rasulullah dan berahadapan dengan Mu Ya Allah, hamba MU yang lemah dan hina ini. Terasa sentiasa esok akan ada. Sentiasa harus bersiap sedia, seperti tiada hari esok lagi untuk kita.
Ayuh lakukan yang terbaik pada hari ini, semoga hari ini lebih baik dari semalam, semalam yang sudah lepas, hari esok yang masih belum pasti, tetapi kita masih ada hari ini...ya ayuh lakukan yang terbaik. 
Ya Allah, hidupkanlah aku selagi kehidupan ini lebih baik bagiku, dan matikanlah aku sekiranya kematian itu adalah lebih baik bagiku. Semoga kita semua mati dalam keadaan yang beriman...Amin Ya Rabbalamin...


Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Tuesday, June 26, 2012

Tidak sabar vs risau.




Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...

Rasa macam tidak sabar tetapi dalam pada masa yang sama agak risau juga.

Emak maafkan anakmu, kerana selalu membuat kamu risau.

Insya Allah saya tidak akan apa-apa, insya Allah pasti ada jalannya...^_^


Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Thursday, June 21, 2012

La Tahzan (Don't Be Sad): Setelah Kesulitan Pasti Ada Kesenangan 5

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...


Penulis: Sambungan dari bahagian yang keempat untuk rumusan buku...^_^
Nama Buku: Jangan Bersedih (Sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan)
Penulis: Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni
Penterjemah: Noraine Abu
Penyunting: Dr. Mohd Puzhi Usop
Cetakan 2011, Al Hidayah Publication.

51. Jangan  Bersedih Hanya kerana Orang Mengingkari Kebaikan Anda, Sekiranya Benar Anda Ingin Mencari Pahala Allah.

Jangan mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain, kerana apa yang harus ingin hanyalah balasan dari Allah S.W.T.


Seorang penyair berkata: "Siapa yang berbuat baik pasti ada pahalanya kerana itu adalah kebiasaan antara Allah dan manusia yang tidak pernah lenyap."

Yakinlah bahawa Allah maha melihat dan maha mengetahui, dan janganlah berharap sesuatu dari manusia yang lain.

Ikhlas kerana Allah, janganlah mengungkit jika kebaikan itu dibalas dengan kesakitan atau terasa kebaikan anda tidak dihargai.

Jangan berharap dengan manusia kerana mereka juga sama taraf dengan kamu. Ikhlaskan hati kerana Allah. Jangan Bersedih.

52. Jangan Bersedih, anggaplah Celaan Orang sebagai angin lalu yang datang dan pergi.


Allah berfirman: "mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudarat kepada kamu, selain dari gangguan-gangguan celaan saja...Ali-Imran: 111"

Rasulullah juga bersabda "Janganlah kalian menyampaikan aib sahabat, kerana sungguh aku suka untuk keluar menemui kalian dalam keadaan hati yang bersih."
"Kamu dah lama berkahwin kenapa tak dapat anak lagi?"
" Saya ada anak ada suami sibuk, tak boleh outstation, kamu ada??? takdakan...so kamulah yang pergi!!!"
"Aish dah umur 35 tahun tak kahwin lagi, kamu taknak kahwin lagi ke, kahwin tu sunnah Rasulullah...nak jadik andartu ke?"

Dan kamu hanya mampu menggelengkan kepala, kata-kata mereka seperti tiada tapisan tetapi sekali lagi itu hanya kata-kata, Rasululllah kesayangan kita pernah dikeji lebih teruk dari ini...


Kata-kata mereka tidak mampu untuk berbuat apa-apa...hanya kata-kata...namun kadangkala ia menyakitkan hati atau melukakan...oleh mereka bukan sesiapa jangan dihiraukan. Kamu tahu diri kamu sendiri.


53. Jangan Bersedih dengan penghasilan yang sedikit, kerana sesungguhnya yang sedikit itu ada bersamanya kesejahteraan.


Nikmat yang hadir itu walapun kecil tapi sangat besar nilainya. Bersikap zuhud pada dunia.


Jika kita menyatakan setiap nikmat itu kecil maka sesungguhnya kita telah kufur terhadap nikmat Allah. Masya Allah, Ya Allah lorongkan hati hamba mu supaya sentiasa bersyukur atas nikmat mu.


54. Jangan Bersedih, Kebanyakan cerita tidak sama dengan kejadian sebenarnya.


Jangan terlalu banyak bercerita atau percaya. Kebanyakan perkara yang ditakuti manusia tidak pernah terjadi.


Di dalam fikiran manusia terdapat lebih banyak khayalan daripada khabar kebenaran yang pasti terjadi.


Bila anda mendengar tentang sesuatu bencana maka jangan cepat resah atau sedih atau cemas kerana kebanyakan berita-berita itu tidak sama.




55. Jangan Bersedih, Hinaan Tidak selamanya Bererti Buruk.


Jangan hiraukan pada hinaan, tawaan atau gurauan yang mengguriskan. "kamu gemok sangatlah!!!"..."kamu pendek sangat!!!"..."kamu kurus macam papan"..blablabla...


Tidak perlu bersedih, kerana mereka hanya memalukan diri sendiri. Anda tidak mampu untuk menutup mulut manusia supaya tidak mencela terhadap kehormatan anda, tetapi anda mamu melakukan kebaikan dan menghindari perkataan dan kritikan mereka.


Lebih baik juga jika anda diam sahaja dengan celaan mereka.


Hanya perlu sedikit kesabaran dan tunggulah sejenak.


Ali bin Jabalah berkata:


Semoga kebahagiaan menjelma.
Semoga jiwa kita terubat dengan harapan.
Maka janganlah menyerah
sebab jika kau menyerah kecemasan akan menyerap jiwa.
Sesorang yang paling dekat dengan kebahagiaan
adalah orang yang memiliki harapan.

56. Jangan Bersedih, Pilihan Allah adalah pilihan yang terbaik.

Segala-galanya telah ditetapkan oleh Allah s.w.t, maka terima apa yang Allah sudah tetapkan kerana ia tetap yang terbaik.

Hati kerna redha kerana Allah adalah sebaik-baik pengatur.

57. Jangan Bersedih, Kekuasaan Manusia itu Lemah.

Manusia itu lemah, Allah yang lebih berkuasa. Sesungguhnya setelah berlalunya berbagai kesulitan tentu hari-hari berikutnya akan ada kebaikan yang banyak.

58. Jangan Bersedih, bahagia atau sengsara adalah hasil buah fikiran kita sendiri.

Perasaan itu datang dari apa yang kamu fikirkan, maka apa yang harus kamu fikirkan adalah yang terbaik sahaja.

Seorang penyair mengatakan:

"Untuk apa kupenuhi jiwaku
dengan sesuatu yang mengerikan
jika peristiwa itu belum terjadi
kalau betul pun persitiwa itu terjadi
pasti dia tidak akan menyedihkanku."

59. Jangan Bersedih Selama Anda Masih dapat berbuat baik kepada orang lain.

Berbuat baik sesama manusia adalah merupakan jalan menuju kebahagiaan. Malah kepada setiap mahkluk yang bernyawa akan mendapat pahala.

Seseorang itu tidak akan menyesal dengan berbuat kebaikan sekalipun agak berlebihan dan sesungguhnya sesorang itu akan menyesal dengan berbuat kesalahan sekalipun sedikit.

60. Jangan Bersedih, Jika mendengar kata-kata kasar, kerana kedengkian itu sudah ada sejak dahulu.


Jangan difikirkan sangat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa membela hambanya, maka janganlah kamu bersedih.


61. akan bersambung dibahagian yang keenam...^_^


p/s: Sudah lama penulis tidak menyambung tulisan buku ini, hmm atas-atas sebab yang tertentu, insya Allah ia akan habis jua.


~Apabila kita telah merasai kehilangan seseorang atas kematian
maka ia telah mengatasi
segala kesedihan atau kesusahan yang dialami.~
(N.O, 2012)

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Tuesday, June 19, 2012

CBE ku...:)

Setahun lagi tukar kot???
Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...

Salam semua pembaca yang saya kasihi sekalian, sudah lama saya tidak post entry bukan....
agak kesempitan masa, buat masa ni banyak travelog yang masih dalam berbentuk draft...

wah wah, saya banyak berjalan nampak...hmm ikut rancangan saya sebenarnya tahun ni...tidak mahu ke mana mana....

tetapi Allah s.w.t lebih berkuasa segala-galanya, ya rezeki Allah yang beri...

Syukur biarpun apa sahaja yang berlaku sama ada susah dan senang...

tidakkah itu rezeki...ya pandang dengan cara positif...

esok atau tulat, akan datang.....mungkin sudah tidak ada peluang lagi nanti...

Anyway...saya sangat kasihan dengan CBE ku yang saya sayang...

Kasihan dengannya, ya sudah berbulan-bulan tidak mandi percaya tak???...haha

sampai uncle yang cuci semalam kata, keta banyak kotor sangat...uhuk uhuk...

aduyai...malu yang amat... :D

Maafkan saya CBE kerana mengabaikan kamu...saya sayang kamu...kerana kamu saya mampu berulang ke kampung halaman hampir setiap minggu...sungguh bersyukur dengan kamu biarlah orang nak kata ape pun...

Dulu ada orang berleter supaya basuh kereta tetapi sekarang sudah tiada... :(

termasuk hari ini sudah 174 hari dia pergi, masya Allah...

sungguh rindu padanya...hanya ku mampu hadiahkan surah Yaasin padanya...

Ya Allah, amankanlah dia disana, ya rabballamin...^__^

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Saturday, June 09, 2012

Jodoh itu Rahsia Allah.

Google Image
Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...

'' Ya Allah! Kalau seseorang itu bukan jodohku,
tolong dijauhkannya dariku dan gantikannya dengan yang lebih baik,
dan jika dia memang jodohku maka didekatkanlah dia dengan cara-Mu dan aturan-Mu ''

Google Image



P/s: Penulis selalu tak tahu nak jawab bila ditanya mengenai ini, ya bila? masya Allah...jika masanya sampai, ia akan sampai jua dengan kuasa Allah...tujuan hidup ni lebih besar dari itu... :)

~always positive thinking~
~they asked because they care for you~

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Somehow...Somewhere...

Google Image
Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...

Somehow...
Somewhere...
Somebody...
Someone is looking at the same moon with me... (^_^)
(Sireh Apo, 2007)

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Tuesday, June 05, 2012

No Turning Back!


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, SubhanAllah Allahuakbar...

Salam permulaan di Bulan Jun 2012...

Akhirnya, detik itu sampai jua, satu titik permulaan dan sudah pasti bukan noktah terakhir.

Terlalu banyak yang berlaku mungkin di 'entry' lain saya akan ceritakan, buat masa ni, agak kesempitan masa untuk menulis panjang.

Yang pasti, mahu pandang ke hadapan dan semoga hari ini lebih baik dari semalam.



Terima Kasih, Thank You, Syukran for reading this entry. Please do come again.

My Babbling

Advice (30) Akhlak (41) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (18) Dua' (14) Education (53) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (223) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)