Sponsored Link

Thursday, March 29, 2012

Tauhid Bab 8: Sifat Harus Bagi Allah s.w.t

Bab 8: Sifat Harus Bagi Allah s.w.t

Adalah sifat yang harus pada hak Allah Ta’ala hanya satu sahaja iaitu Harus bagi Allah mengadakan sesuatu atau tidak mengadakan sesuatu atau di sebut sebagai mumkin. Mumkin ialah sesuatu yang harus ada dan tiada.

Kewajipan seorang Muslim ke 21: Berzikir Kepada Allah

Sumber ihsan dari Google

21. Berzikir Kepada Allah

Kewajipan ini berdasarkan firman Allah, Al Ahzab: 41-43


"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman."
Sabda Rasulullah s.a.w bahawa Allah berfirman;

"Sesiapa yang zikirnya kepada Ku menyibukkannya dari meminta kepadaKu, akanku berikan kepadanya paling baik dari apa yang pernah aku berikan kepada orang-orang meminta (kepadaKu)."
(Riwayat Imam al-Bukahari di dalam at-Tarikh, al-Bazzar dan al-Baihaqi dari Umar r.a.)

Sumber Buku: 50 Kewajipan seorang Muslim oleh Muhammad bin Abi Bakr dan diterjemahkan oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzli cetakan 2010 Penerbitan Dar Hakamah.

Penulis: Lebihkan banyakkan berzikir dan beribadah kepada Allah s.w.t dari tanpa henti meminta kepada Allah dan mengeluh bila tidak dapat sesuatu apa yang kita mahukan.

Monday, March 26, 2012

Lagu pada hari ini: Terukir dibintang oleh Yuna ^_^



Terukir Di Bintang – Yuna

 Jika engkau minta intan permata 
tak mungkin ku mampu
Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… 
kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… 
kaaamu…
 
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
 Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


Tauhid Bab 7: Sifat Mustahil Bagi Allah s.w.t

Wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui sifat-sifat yang mustahil bagi Allah yang menjadi lawan daripada dua puluh sifat yang wajib baginya. Maka dengan sebab itulah di nyatakan di sini sifat-sifat yang mustahil satu-persatu :

1. ‘Adam beerti “tiada”

2. Huduth beerti “baharu”
3. Fana’ beerti “binasa”
4. Mumathalatuhu Lilhawadith beerti “menyerupai makhluk”
5. Qiyamuhu Bighayrih beerti “berdiri dengan yang lain”
6. Ta’addud beerti “berbilang-bilang”
7. ‘Ajz beerti “lemah”
8. Karahah beerti “terpaksa”
9. Jahl beerti “jahil/bodoh”
10. Mawt beerti “mati”
11. Samam beerti “tuli”
12. ‘Umy beerti “buta”
13. Bukm beerti “bisu”
14. Kaunuhu ‘Ajizan beerti “keadaannya yang lemah”
15. Kaunuhu Karihan beerti “keadaannya yang terpaksa”
16. Kaunuhu Jahilan beerti “keadaannya yang jahil/bodoh”
17. Kaunuhu Mayyitan beerti “keadaannya yang mati”
18. Kaunuhu Asam beerti “keadaannya yang tuli”
19. Kaunuhu A’ma beerti “keadaannya yang buta”
20. Kaunuhu Abkam beerti “keadaannya yang bisu”

Penulis: maka hamba-hamba Allah sekalian janganlah kamu mengeluh sebab Allah itu sentiasa tahu perihal hambanya, maha berkuasa dan maha kaya. ^_^

Monday, March 19, 2012

Today's Qoute: Friends


"If you're alone, I'll be your shadow.
If you want to cry, I'll be your shoulder.
If you want a hug, I'll be your pillow.
If you need to be happy, I'll be your smile.
But anytime you need a friend, I'll just be me".

Tauhid Bab 6: Sifat 20

Sumber dari Google
1. Wujud : Ertinya Ada
Iaitu tetap dan benar yang wajib bagi zat Allah Ta'ala yang tiada disebabkan dengan sesuatu sebab. Maka wujud ( Ada ) – disisi Imam Fakhru Razi dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi bukan ia a'in maujud dan bukan lain daripada a'in maujud , maka atas qaul ini adalah wujud itu Haliyyah ( yang menepati antara ada dengan tiada) .

2. Qidam : Ertinya Sedia
Pada hakikatnya menafikan ada permulaan wujud Allah s.w.t kerana Allah s.w.t. menjadikan tiap-tiap suatu yang ada, yang demikian tidak dapat tidak keadaannya lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu itu. Jika sekiranya Allah Ta'ala tidak lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu, maka hukumnya adalah mustahil dan batil. Maka apabila disebut Allah s.w.t. bersifat Qidam maka jadilah ia qadim. Di dalam Ilmu Tauhid ada satu perkataan yang sama maknanya dengan Qadim iaitu Azali. Setengah ulama menyatakan bahawa kedua-dua perkataan ini sama maknanya iaitu sesuatu yang tiada permulaan baginya. Maka qadim itu khas dan azali itu am. Dan bagi tiap-tiap qadim itu azali tetapi tidak boleh sebaliknya, iaitu tiap-tiap azali tidak boleh disebut qadim. Adalah qadim dengan nisbah kepada nama terbahagi kepada empat bahagian :

1 ) Qadim Sifati ( Tiada permulaan sifat Allah Ta'ala )
2 ) Qadim Zati ( Tiada permulaan zat Allah Ta'ala )
3 ) Qadim Idhafi ( Terdahulu sesuatu atas sesuatu seperti terdahulu bapa nisbah kepada anak )
4 ) Qadim Zamani ( Lalu masa atas sesuatu sekurang-kurangnya satu tahun )

Maka Qadim Haqiqi ( Qadim Sifati dan Qadim Zati ) tidak harus dikatakan lain daripada Allah Ta'ala.

3. Baqa' : Ertinya Kekal
Sentiasa ada, kekal ada dan tiada akhirnya Allah s.w.t . Pada hakikatnya ialah menafikan ada kesudahan bagi wujud Allah Ta'ala. Adapun yang lain daripada Allah Ta'ala , ada yang kekal dan tidak binasa Selama-lamanya tetapi bukan dinamakan kekal yang hakiki ( yang sebenar ) Bahkan kekal yang aradhi ( yang mendatang jua seperti Arasy, Luh Mahfuz, Qalam, Kursi, Roh, Syurga, Neraka, jisim atau jasad para Nabi dan Rasul ).
Perkara –perkara tersebut kekal secara mendatang tatkala ia bertakluq dengan Sifat dan Qudrat dan Iradat Allah Ta'ala pada mengekalkannya. Segala jisim semuanya binasa melainkan 'ajbu Az-zanabi ( tulang kecil seperti biji sawi letaknya di tungking manusia, itulah benih anak Adam ketika bangkit daripada kubur kelak ). Jasad semua nabi-nabi dan jasad orang-orang syahid berjihad Fi Sabilillah yang mana ianya adalah kekal aradhi jua. Disini nyatalah perkara yang diiktibarkan permulaan dan kesudahan itu terbahagi kepada tiga bahagian :
1) Tiada permulaan dan tiada kesudahan iaitu zat dan sifat Alllah s.w.t.
2) Ada permulaan tetapi tiada kesudahan iaitu seperti Arash , Luh Mahfuz , syurga dan lain-lain lagi.
3) Ada permulaan dan ada kesudahan iaitu segala makhluk yang lain daripada perkara yang diatas tadi ( Kedua ).


4. Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadith. Ertinya : Bersalahan Allah Ta'ala dengan segala yang baharu
5. Qiamuhu Ta'ala Binafsihi : Ertinya : Berdiri Allah Ta'ala dengan sendirinya .
6. Al – Wahdaniyyah.
Ertinya : Esa Allah Ta'ala pada zat , pada sifat dan pada perbuatan.
7. Al – Qudrah :Ertinya : Kuasa qudrah Allah s.w.t. memberi bekas pada mengadakan
meniadakan tiap-tiap sesuatu
.
8. Al – Iradah : Ertinya : Menghendaki Allah Ta'ala.
Maksudnya menentukan segala mumkin tentang adanya atau tiadanya. Kesimpulannya ialah umat Islam mestilah bersungguh-sungguh untuk kemajuan di dunia dan akhirat di mana menjunjung titah perintah Allah Ta'aladan menjauhi akan segala larangan dan tegahannyadan bermohon dan berserah kepada Allah s.w.t.
9. Al – Ilmu :Ertinya : Mengetahui Allah Ta'ala .
10. Al – Hayat .Ertinya : Hidup Allah Ta'ala.
11. Al - Samu’ : Ertinya : Mendengar Allah Ta'ala.
12. Al – Bashar : Ertinya : Melihat Allah Ta'ala .
13 . Al – Kalam : Ertinya : Berkata-kata Allah Ta'ala.
14. Kaunuhu Qadiran :Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkuasa Mengadakan Dan Mentiadakan.
15.Kaunuhu Muridan :Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Menghendaki dan menentukan tiap-tiap sesuatu.
16.Kaunuhu 'Aliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mengetahui akan Tiap-tiap sesuatu.
17.Kaunuhu Haiyan : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Hidup.
18.Kaunuhu Sami'an : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mendengar akan tiap-tiap yang Maujud.
19.Kaunuhu Bashiran : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Melihat akan tiap-tiap yang Maujudat ( Benda yang ada ).
20.Kaunuhu Mutakalliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkata-kata.

Monday, March 12, 2012

Tauhid Bab 5: Mengenal Allah S.W.T.

Mengenal Allah S.W.T.

1. Mengenal Allah s.w.t adalah fardhu Ain atas tiap-tiap mukallaf dengan mengetahui namaNya dan sifat-sifatNya yang bertepatan dengan syarak yang berlandaskan ajaran para Nabi dan Rasul.
2. Nama-nama Allah s.w.t (Al-Asma ‘ul-Husna) dan sifat-sifat yang Maha Besar dan Maha Tinggi. Nama Allah s.w.t yang lebih masyhur di antara segala nama-namaNya ialah Allah, disebut lafaz Al-Jalalah (Lafaz yang Maha Besar) dan yang lain daripada ini diketahui melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Semuanya sentiasa menjadi sebutan umat Islam contohnya Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus, As-Salam, Al-Mukmin.

3. Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagian :-

1) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan Ijmali (Ringkas) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus (jazam) bahawa wajib bagi Allah s.w.t bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang layak dengan keadaan ketuhanan dan mustahil atasNya bersifat dengan apa-apa jua sifat kekurangan.
2) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan jalan tafsili (satu persatu) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli (dengan akal) dan dalil naqli (dengan Al-Quran dan Hadith) bahawa wajib dan beriktiqad dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli. Maka mustahil atas Allah s.w.t bersifat dengan segala lawan sifatyang wajib tersebut.
4. Mengenal Allah s.w.t wajib melalui tiga perkara :-
1) Iktiqad yang putus (jazam) iaitu tiada syak, dzan dan waham. Jika iktiqadnya ada salah satu daripada tiga tadi maka tidak dinamakan mengenal Allah s.w.t.

2) Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (bertepatan dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah), maka tidak dinamakan mengenal jika iktiqad tidak bertepatan dengan yang sebenar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah) seperti iktiqad orang Nasrani dan Yahudi.

3) Dengan dalil sekalipun dengan dalil ijmali, jika iktiqadnya putus (jazam) serta bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi jika tidak dengan dalil maka dinamakan taqlid.
5. Iktiqad yang tidak terputus atau tidak bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, maka para ulama membuat persetujuan bahawa menghukum orang itu kafir. Dan bagi iktiqad orang bertaqlid itu timbul perselisihan ulama padanya. Mengikut qaul yang muktamad orang yang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir jika taqlidnya putus dengan dihukum mukmin yang menderhaka (jika ia belajar maka tidak dihukumkan mukmin yang derhaka).
6. Makna taqlid ialah menerima perkataan orang lain dengan tidak mengetahui dalil dan keterangan.
7. Taqlid terbahagi kepada dua bahagian :-
1) Taqlid Jazam (putus)
- Iktiqad yang teguh dan tidak akan berubah walaupun orang yang diikuti itu berubah. Maka taqlid ini di sisi Ahli Sunnah Wal-Jamaah sah imannya kerana ada mempunyai iktiqad yang jazam (putus).

2) Taqlid yang tidak Jazam (Tidak Putus)
- Menerima perkataan orang lain dengan tidak teguh sekiranya orang yang diikuti seperti guru-gurunya, ibubapanya atau lainya. Iktiqad mereka berubah-ubah mangikut orang yang diikutinya. Maka taqlid ini dihukumkan tidak sah imannya kerana serupa imannya dengan syak,zhan atau waham(tiada putus).

8. Kesimpulannya iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam bahaya atau bimbang dan tergantung kebenarannya atas orang yang diikutinya. Jika benar perjalanan orang yang diikutinya seperti guru-gurunya maka mengikutnya selamat, tetapi jika sebaliknya binasalah mereka.
9. Hendaklah seseorang itu bersungguh-sungguh menuntut Ilmu Tauhid yang sahih supaya terlepas ia daripada syak dan waham dalam iman kerana di akhir zaman ini terdapat ramai ahli-ahli bida’ah.
10. Taqlid itu membawa mudharat kerana jalan membawa kepada sesat yang amat hina yang tiada layak pada seseorang manusia.

Rujukan : ( Kitab Risalah Tauhid – Abdul Ghani Yahya )

Al- Fatihah untuk Ayahanda yang dikasihi...

Assalamualaikum,

Pada jam 5:38 pagi hari Khamis 29 haribulan 2011 bersamaan 4 Safar 1433 Hijrah,
ayahanda yang dikasihi Allahyarham Hj Osman bin Abu Bakar telah kembali ke rahmatullah di HOSHAS, Temerloh.

Sebab kematian yang tercatat di sijil kematian: Acute Pulmonary Secondary Acute on CKD.

Sungguh kasihnya Allah pada Ayahku, kerana Dia tidak membiarkan dia terseksa dengan lama...

Sungguh kami sekeluarga menyayangi kamu, tetapi Allah lebih menyayangi kamu...

"Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa Ayahku, cucurilah rahmat kepada Ayahku sebagaimana dia telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil, dan tempatkanlah Ayahku dikalangan orang-orang yang beriman"...Amin ya rabbalamin...

Encik...sungguh kami semua sangat merindui, apatah lagi Mak, sungguh anakmu ini sentiasa berdoa pada Allah agar kita sekeluarga akan bertemu kembali...ya bertemu kembali di syurga Nya kelak...INSYA ALLAH...

Kenangan bersama Kami sekeluarga dengan encik pada raya tahun lepas



Dari,

Anakmu...


Apa ya mahu ku tulis?

Sumber dari Google
Assalamualaikum...

Para Pembaca yang saya kasihi sekalian...

Sudah agak lama tidak ku jengah ke sini, makin banyak sawang dan sarang labah-labah...hehe

 Jumaat lepas saya dapati laman2 blog sudah boleh diakses kembali malah boleh sign in to blogger. Alhamdulillah...syukur bila saya boleh menulis kembali...walaupun saya sebenarnya sudah kematian idea...selain daripada itu saya dapati...laman web surat khabar online pun sudah boleh diakses...:)

Agak lama saya fikirkan, apa yang mahu saya tulis ya...last saya tulis adalah bulan January kelmarin...pada waktu itu masih dalam keadaan untuk menyesuaikan diri...aah saya bingung, maafkan saya masih dalam ketandusan...

Terlalu banyak perubahan dalam hidup, terasa macam perkara itu tidak akan berlaku, akan tetapi itu bukan dalam bidang kuasa saya, Allah yang menentukan, sentiasa diulang2 kepada saya, ya dia sebenarnya sudah melatih saya sejak saya sekolah, diulang-ulangkan perkara tersebut...agar saya bersedia...agar kami bersedia...Termasuk hari ini, ku kira sudah 75 hari dia pergi, masih baru lagi...sangat baru...ikutkan tidak sampai 3 bulan pun lagi...sebab itu hati lebih berat untuk tidak, tidak sampai hati ini untuk meninggalkannya hanya kerana mengikut kehendak hati yang pelbagai ragamnya dan kehendak...dia yang lebih utama dalam hati ini sekarang...tidak sampai hati nak katakan pada mereka...kalau kukatakan pada mereka, mungkin agak susah untuk diterima...entahlah...

Ya Allah sungguh diri ini memohon agar sentiasa menjadi anak yang solehah dan juga agar dipertemukan dengan orang yang soleh...Ya Allah sungguh hambamu ini masih terumbang-ambing...air pasang dan surut...Dan semoga hati ini sentiasa ikhlas dan berterusan untuk ikhlas...jauhkanlah dari perkara negatif dalam hati dan minda ini...Insya Allah...nikmat Allah itu sesungguhnya dalam pelbagai bentuk, penuhkan dengan hati ini dengan kesyukuran...

Hmm cukuplah setakat ini, ku kira sebagai tanda permulaan kembali...para pembaca yang kasihi sekalian doakan saya agar tabah ya...^_^

Wassalam...

My Babbling

Advice (30) Akhlak (41) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (18) Dua' (14) Education (53) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (223) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)