Sponsored Link

Friday, April 30, 2004

Muhasabah Maulidur Rasul


MUHASABAH MAULIDUR RASUL
Sempena Maulidur Rasul tahun ini, umat Islam perlu memuhasabah diri sama ada dalam meraikan sambutan ini, roh dan perjuangan Rasulullah SAW dihayati dan diperjuangkan oleh mereka. Sebagai kata simpul untuk persoalan ini, sebenarnya umat Islam perlu bangkit dan menang! Ini kerana agama anutannya iaitu Islam adalah tinggi dan satu-satunya agama yang diredhai Allah SWT. Pantasnya masa berlalu meninggalkan kita. Begitu juga pantasnya perubahan peradaban manusia. Islam yang suatu masa dahulu begitu cemerlang pada zaman kegemilangannya, kini sudah hilang taring kegagahannya. Khilafah yang berkurun lamanya mentadbir dunia, sudah hilang bisa keramatnya. Malah umat yang dalam sejarahnya pernah menguasai dua pertiga dunia, hari ini di seantero pelusuk ditindas, diusir dari tanah air sendiri, diperhina, dijajah secara fizikal dan fikrah permikiran, diperkotak-katikkan serta dilabel secara negatif dengan sewenang-wenangnya.
Namun, benarlah Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; "Sesungguhnya Islam itu bermula dagang dan ia akan kembali dagang seperti permulaannya. Maka Thuba (sejenis pohon di syurga) bagi orang-orang dagang itu." (Hadith Riwayat Imam Muslim).
Sebaliknya, Barat khususnya Amerika Syarikat dan Eropah yang pada suatu tika masa dahulu bumi yang tandus, muram dan tidak bermaya, sekarang mendominasi dunia. Malah faham dan mazhab "Baratism" kian dipersada lantas memporak-perandakan kemandirian ummah. Lalu uamt ini terkesima dan tersedar dari mimpi ngeri yang panjang lantas bertanya sesama sendiri,
"Apakah bahananya ini?", "Ke mana sirnanya kekuatan kita?", "Ke mana perginya kekuasaan kita?", dan "Dimana letaknya maruah kita?". Sedangkan janji Allah SWT itu pasti akan kebenarannya.
Allah SWT berfirman di dalam Kitab Suci-Nya yang bermaksud; "Kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang beriman." (al-Munaafiquun:8)
Justeru, senario semasa yang kebanyakkannya tidak memihak kepada uamt Islam mendesak dan mengkehendaki kita bermuhasabah serta merenung sedalamnya segala kepada dilemma ini. Suasana mutakhir yang berlaku tidak memungkinkan kita terus bergoyang kaki dan duduk kaku berpeluk tubuh. Sudah tiba masanya kita menoleh sebentar ke belakang dengan penuh keinsafan untuk mencari di mana silapnya dan apakah penyebabnya.
Seterusnya, ayuh kita memandang ke hadapan dengan penuh harapan lantas merencana dengan sebijaknya strategi penyelesaian efektif dan konklusif yang wajar dilaksanakan secara kolektif. Tidak lupa juga, mari bersama kita bahu-menbahu memperkukuh 4ubudiyyah dan seiring sejalan berusaha membuktikan bahawa sesungguhnya kitalah khaira ummah yang dimaksudkan dan diiktiraf semulianya oleh Allah Rabbul Izzati.

REALITI SEMASA

Secara realitinya, kabanyakan negara umat Islam dewasa ini sudah merdeka dan terbebas dari belenggu penjajahannya. Negara bangsa yang direncana serapinya oleh mantan-mantan penjajah, kini sudah ditadbir oleh pemimpin-pemimpin beragama Islam sendiri. Akan tetapi, terasakah kita betapa paradigma dijajah tetap ada dalam diri sama ada disedari ataupun tidak? Ketahuilah bahawa minda yang menakulkan corak pemikiran sasaran utama `mereka`. Waimma, kita tidak dijajah pada zahirnya tetapi aqal kita terpenjara. Maka detik ini, tepuk dada, tanyalah iman. Adakah kita akan tetap membiarkan diri kita selamanya berjiwa hamba berkiblatkan kesesatan dan kebobrokan sekularisme Barat?
Lantaran itulah sebenarnya jatidiri kita sebagai individu Muslim perlu diperkukuhkan, dianjakkan dan dimantapkan sesempurnanya.  
Allah SWT telah berjanji bahawa; "Sekiranya kamu membantu (agama) Allah, maka Dia akan membantu kamu."
 Tetapi, pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, berhakkah kita mengakui dan menyatakan keIslaman kita sedangkan kita sedikitpun tidak pernah mengendahkan hak-hak Allah ke atas kita? Di hati semua umat Islam terdetik dan bergelojak ingin melihat umat ini kembali gemilang dan disegani. Tetapi, pernahkah kita mengkoreksi dan menanyai diri, patutkah kita menjadi hebat tanpa kelayakan-kelayakan sewajarnya? Mampukah kita menuai hasil kemakmuran tanpa bercucuk tanam dan membaja sesuburnya benih-beih kemajuan? Dapatkah kemenangan dicapai tanpa bekerja keras dan keteguhan hati? Dan paling penting sekali, wajarkah bantuan Allah diharapkan tanpa hatta memiliki sekelumitpun kelayakan minima untuk meraihnya?
IMAN DAN AMAL

Ironinya, kekuatan utama malah prasyarat pertama yang perlu ada pada umat Islam untuk mengembalikan kegemilangan ummah ialah memperkukuh keimanan dan memperkasa amalan. Sedarilah, kita manusia kerana jiwa bukan kerana jasad. Jasad tetap berkubur di alam dunia, tetapi jiwa atau roh akan terus berkelana ke alam seterusnya. Hidup ini merupakan satu perjalanan bukan satu matlamat. Sehebat manapun kita di perjalanan ini bukan faktor penjamin untuk mencapai matlamat tanpa iman yang sahih dan amal yang soleh. Setiap perjalanan pasti ada mehnah dan tribulasinya. Akan tetapi seandainya jiwa dididik dengan iman dan amal pasti akan selamat akhirnya. Biarlah amal yang qudus menggasir onar yang terpalit di sanubari kita.  
Walaubagaimanapun, adalah cukup menyedihkan apabila kita telusuri kehidupan umat Islam kini. Jika disoroti dan diamati, sesiapun akan membuat kesimpulan bahawa kebanyakkan umat Islam yang hidup di millenium ini tersasar jauh daru tuntutan ad-Deen yang sebenar. Meskipun tidak dinafikan masih terdapat segelintir umat Islam yang taat dan patuh menjunjung perintah Allah SWT, namun sebahagian besar uamt Islam hari ini hakikatnya sedang berebut-rebut dan berbaris panjang untuk membeli tiket masuk ke dalam neraka Jahannam. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan majoriti umat Islam hari ini hanyalah Islam pada nama atau kulit sahaja, akan tetapi roh dan jiwanya kosong daripada nilai, ilmu, amalan dan syariat Islam yang kamil.
Sehinggakan tidak menghairankan sekiranya dikatakan ramai orang Islam hari ini hanya kad pengenalannya sahaja Islam!
 
Prof. Sheikh Dr. Yusof Al-Qardhawi di dalam bukunya Al-Iman Wal-Hayat (Iman dan Kehidupan) menukilkan; "Sesungguhnya masalah "iman" itu, bukanlah sesuatu yang sifatnya tambahan dalam wujud ini, yang boleh kita abaikan atau kita anggap ringan, atau kita tinggalkan untuk dilupakan. Ia merupakan "masalah penentuan nasib hidup" yang paling penting bagi manusia. Ia boleh membawa manusia kepada kebahagiaan yang abadi atau kepada kecelakaan yang abadi, sebagaimana iapun boleh membawa manusia masuk ke dalam syurga atau terjerumus ke dalam neraka."
Maka oleh itu, adalah suatu keperluan yang mendesak bagi setiap insan yang mempunyai akal fikiran untuk memikirkan lantas bermujahadah agar dirinya mampu memperolehi ketenteraman jiwa dengan iman dan hakikat amal yang sebenarnya. Justeru, marilah kita bina kembali tugu sasa agama dengan menanamkan taqwa dan membangunkan kesedaran di dalam diri. Ayuh kita gilapkan fikiran umat ini dengan rasa keinsafan dan mabukkan mereka dengan kefahaman Islam!
ILMU DAN AKHLAK

Selain daripada iman dan amal, ilmu dan akhlaq merupakan dua lagi elemen yang tidak kurang pentingnya untuk diperteguhkan dan disuapkan ke dalam susuk tubuh umat ini. Dunia dan sejarah telah membuktikan bahawa kemapanan dari sudut ilmulah yang  menentukan jatuh bangunnya suatu tamadun manusia. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kesarjanaan ilmu dan ketrampilan syakhsiah mampu memadamkan cahaya bintang kejahilan yang kian bersinar kini. Ilmu dan budi hendaklah seiring sejalan di dlam memimpin masyarakat mencapai pembangunan yang Islami. Peribadi-peribadi besar yang mempunyai adunan lengkap antara ilmu dan budi merupakan aset penting untuk menganjak posisi dan nilai saham keutuhan ummah.
Manakala, Harun Yahya menyatakan di dalam bukunya "Winter of Islam and Spring to Come" bahawa; "Penyelesaian kepada segala Kemelut , kemunduran dan penghinaan yang dihadapi oleh umat Islam hari ini ialah dengan kembali kepada akhlaq al-Quran."

Allahyarham Buya Prof. Dr. Hamka di dalam bukunya Lembaga Budi menyatakan bahawa; "Maksud menuntut ilmu bukanlah semata-mata memperluas ilmu pengetahuan saja, melainkan untuk mengabdi pada  masyarakat dan mempertinggi mutu peribadi. Antara ilmu dengan budi hendaklah isi-mengisi. Betapapun banyak ilmu kalau tidak didasarkan pada budi hanya akan membawa kecelakaan. Dan budi yang tidak berisi ilmu tidak pula akan memberikan faedah kepada masyarakat."
Maka, secara konklusinya jelaslah betapa selama dua kekutan ini masih ada dalam jiwa umat Islam, selama itu pula Islam akan tetap hidp di seluruh permukaan bumi ini. Sebaliknya, kalau keduanya atau satu di antara keduanya mulai lemah, bererti Islam itu sudah tidak hidup lagi meskipun tubuhnya masih ada. Namun kini, sekiranya kita memerhati kehidupan umat Islam, nyatalah betapa kebanyakkan kita seolah-olah rela dan pasrah melihat Islam terus layu dan membiarkannya mati. Kelakuan dan budi pekerti umat Islam kini tidak jauh berbeza dengan kelakuan jahiliyyah.
Bukan sahaja tiada usaha untuk menyuburkannya kembali, malah majoriti manusia yang menggelarkan dirinya Muslim terus galak membajai benih mazmumah dan dengan girang rianya mencambah biakkan kebejatan sosial. Pendek kata, akhlaq dan budi seolah-olah butir permata dan intan terpilih yang sudah hilang dari kehidupan orang Islam.  
Lantaran itulah tidak menghairankan apabila seorang mualaf yang memeluk Islam setelah mendalaminya apabila melihat gaya rentak kehidupan masyarakat Islam berkata; "Saya bersyukur kerana saya mengenal Islam terlebih dahulu sebelum saya mengenal orang Islam. Sekiranya saya mengenal penganut agama Islam (masyarakat Islam) terlebih dahulu, kemungkinan besar saya tidak akan memeluk Islam."
 Nah, sudah sewajarnyalah kita menggembleng usaha dan kudratcuntuk memastikan cara hidup Islam yang syumul dapat dipraktikkan di dalam kehidupan insani. Semoga dengan lahirnya bi ah solehah di dalam komuniti Islam mampu membentuk masyarakat madani yang Rabbani yang sering kita impi-impikan.
DAKWAH DAN ROH JIHAD.

Seterusnya, dua dinamo penjana yang perlu diusahakan dengan bersungguh-sungguh ialah mempergunakan fikiran untuk mencari formula dan menjalankan method dakwah yang berkesan serta menaikkan semula semangat roh jihad yang kian pudar. Kedua-duanya penting untuk memartabatkan kembali nur Deenul Islam yang tercinta. Sekiranya usaha dakwah telah lemah sehingga menyebabkan nilai-nilai hidup mulai samar dan roh jihad telah lenyap sehingga menyebabkan nilai-nilai keyakinan beragama telah sirna, maka pasti dan pasti kita tidak mampu terlepas dari jeriji penjara kemunduran yang gelap zulumat. Maka, perhatikanlah kelayakan-kelayakan murni yang dijelaskan oleh sebaik-baik Pengurus di dalam Kitab-Nya dan bandingkannya dengan keadaan umat Islam hari ini. Di mana dan apa persamaan di antara kita dengan generasi terdahulu sebelum kita seperi sahabat, tabi in dan salafus-soleh? Mereka mara ke medan juang dengan gagahnya, merempuh musuh yang kejam dan biarpun musuh memutih di bumi, namun undurnya tidak sekali.
Allah SWT berfirman yang maksudnya; "Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyeru kepada yang ma ruf dan kamu mencegah dari yang mungkar dan kamu beriman kepada Allah." (Ali-Imran: 110).
Di dalam ayat yang lain, Allah SWT menyatakan;
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang benar." (At-Tawbah: 111)
Meraka berjuang bermati-matian di rahang maut semat-mata untuk mempertahankan akidah suci mereka. Kehebatan pahlawan Islam masa lampau digambarkan oleh Amir Shakib Arslan di dalam bukunya "Li madha Ta akhkhara al-Muslimin wa Li madha Taqaddama Ghayruhum" (Mengapa Umat Islam Mundur dan Mengapa Umat Lain Maju) sebagai berikut; "Pahlawan Islam yang gagah berani mendekati musuh mereka sambil berkata "Aku telah mencium bau syurga". Mereka akan meluru masuk ke dalam kecamuk medan perang sehingga mereka memperolehi syahid dan melaungkan Ini adalah hari kemenangan!".

Sebaliknya, sekiranya mereka gagal mendapat penghormatan syahid, bukan sahaja mereka mencarinya malah mereka akan kembali dengan perasaan sedih dan kecewa." Justeru itu, ayuh kita bersama berusaha untuk memperkukuhkan lagi gerakan dakwah di dalam meningkah arus dakyah yang kian deras pada zaman globalisasi yang penuh fitnah ini. Ayuh juga kita menanamkan semangat jihad yang jitu dalam diri untuk meghadapi musuh-musuh Islam di bawah Orde barat yang berusaha siang dan malam untuk melemahkan sekaligus menyahkan nur Islam yang dicintai.

PENUTUP

Sebagai kesimpulanya, jatidiri umat ini perlu diperkukuhkan kembali untuk memastikan kita mencapai kejayaan di dunia dan Akhirat. Sungai iman dan amal perlu dijernihkan dan dipastikan terus mengalir damai di dalm hati umat ini. Tasik ilmu dan akhlak yang saujanan mata memandang haruslah diperindah dan dijaga serapinya agar terus mencuri tumpuan redha Ilahi. Kolam tenaga kerohanian yang mengandungi juzuk dakwah dan roh jihadnya di dalamnya hendaklah tidak dibiarkan kekeringan airnya sehingga ditimbus oleh racun peredaran zaman. Dan berjuanglah dengan penuh antusiasme sehingga diri kita syahid atau Islam kembali menang.
Buat akhirnya, mari bersama kita merenung Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; "Aku tidak bimbang kamu ditimpa kefakiran, akan tetapi aku amat bimbang dunia ini terbuka luas bagi kamu sebagaimana ia telah terbuka luas bagi umat sebelum kamu, maka kamu akan berlumba-lumba mengejar dunia sebagaimana  umat dahulu telah mengejarnya, dan akhirnya, dunia membinasakan kamu sebagaimana dunia telah membinasakan mereka."
(H.R. Bukhari dan Muslim).

Wallahu a lam.

Oleh:

MUHTAR BIN SUHAILI
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar 2003/2004
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
(Kini berada di Vohrum OT Peine, Jerman untuk
mengikuti latihan praktikal kejuruteraan dalam
industri selama 3 bulan, boleh dihubungi di
+491731446442 atau al_akhyar81@yahoo.com)

Friday, April 23, 2004

Tuesday, April 20, 2004

Kesetiaan mu Teruji

FW: Kisah benar - Kesetian Mu Teruji.  (Pulang la ke Pangkal Jalan Yg Diredhai  Allah     S.W.T, Sesungguhnya Tanamkan Perasaan Takut/Gerun akan hukum2 Allah S.W.T

      Untuk dijadikan ikhtibar kepada semua.

      Kami  mendirikan  rumahtangga dua tahun yang lalu.Sehingga kini  kami belum  dikurniakan  cahaya  mata.  Isteriku  belum  bersedia menerima kehadiran  cahaya  mata kami. Alasannya kami perlu enjoy dulu sebelum kehadiran  orang  ketiga??? (anak)

Dalam pada itu, isteriku mempunyai hobi  bagi  mengisi masa lapang tersendiri. Dia suka melayari internet  terutamanya  ketika  ketiadaan  aku  di rumah. Disamping itu dia juga suka  bermain  chatting.  Kekadang  rasa  cemburu  menyelinap juga di  hatiku.  Pada satu waktu ( malam ) ketika isteriku sedang berchatting  aku  mencuri  pandang  ke  arah  monitor dan mengingati nickname yang digunakannya. Kemudian aku memberitahu yang aku ingin keluar berjumpa  teman  sebentar.  Padahal  aku pergi ke cc berhampiran rumah kami.

Di sana  aku  cuba  mendapatkan  isteriku  melalui  channel  mamak.  Aku merahsiakan  identitiku  yang  sebenar.  Aku berjaya mendapatkannnya. Kami  bertukar-tukar  email.  Semenjak daripada itu kami berinteraksi melalui  email  dengan menggunakan identiti palsu. Hampir empat bulan hubungan  kami  berinteraksi  melalui  email.  Sepanjang  waktu  itu, isteriku  tidak  pernah  mengatakan  bahawa  dia  sudah  pun bersuami sebaliknya  bila  ditanya dia menafikan. Akhirnya aku bertindak untuk memancing  isteriku.  Dalam  pada  itu,  kami telah menjalin hubungan cinta  melalui  email.  photo  yang  ku  kirimkan  melalui email juga bukanlah  photo  asalku. 

Aku  menggunakan  fhoto temanku. Sebaliknya  fhoto  yang  ku  terima  daripada  isteriku  adalah fhoto asal. Boleh dikatakan  tidak  kurang  daripada  tiga  kali  dalam  satu hari kami berinteraksi  melalui  email.  Pada satu hari aku dijemput menghadiri satu  seminar  tajaan  majikan  aku  di  Johor Bharu. Aku memberitahu isteriku bahawa aku akan berada di Johor Bharu untuk selama tiga hari kerana menyertai seminar tersebut.  Pada  waktu  yang sama melalui email aku mengajak isteriku yang  juga  kekasihku  mengadakan temu janji. Dia menerima pelawaanku dengan  senang  hati.  Segala-galanya  telah pun aku aturkan terlebih dahulu.  Aku meminta dia menunggu kedatangan ku di sebuah hotel empat bintang  di  Kuala  Lumpur. 

Melalui  temanku  secretary, aku meminta temanku  menyampaikan  pesanan  padanya melalui talifon tangan bahawa ketibaan  ku  daripada  Brunei  Darul-Salam agak lewat 5 jam. Temanku menyarankan  agar isteriku membantuku membuat tempahan bilik di hotel tersebut.  Isteriku  bersetuju.  Kira-kira  pada  jam 11.15 malam aku bersama  temanku  menuju ke hotel tersebut. Seperti yang dirancangkan temanku  bertindak  sebagai aku dan menemuinya di ruangan legar hotel tersebut. 

Daripada  satu  sudut  aku memerhatikan gerak-geri mereka.Temanku  berjaya  memainkan  peranan sebagai aku. Perbualan mereka di lobbi  hotel  seterusnya  ke  restaurant  hotel  tersebut berlangsung selama  kira-kira  dua jam. Dalam pertemuan tersebut, temanku meminta agar isteriku menanti di kamar hotel kerana ada satu tugas yang perlu diselesaikan   pada  malam  itu  juga.  Isteriku  bersetuju.  Selesai pertemuan  tersebut  isteriku dan temanku berpisah. isteriku menuju ke kamar  dan temanku menuju ke arah aku. Selesai tugas oleh temanku dia pun   pulang   ke  rumah. 

Sekarang  tibalah  giliran  aku  memainkan perananku.  Aku  memasuki  kamar  isteriku pada jam 4 pagi. Aku sudah bertawakkal  pada waktu itu. Apa akan berlaku, berlakulah. Aku dapati isteriku  sedang  nyenyak tidur diulit mimpi indah. Tubuhnya dibaluti selimut  tebal.  Dia  tidak  menyedari  akan  kehadiranku  waktu itu. Perlahan-lahan  aku  memadamkan  lampu tidur di kamar tersebut. Kini, keadaan  kamar tersebut kini gelap gelita. Aku mendekati isteriku dan berbaring  di  sisi.  Alangkah terkilannya aku pada waktu itu apabila aku   dapati  isteriku  berpakaian  yang  amat  menggairahkan. 

Dalam  kegelapan  aku  termenung  sejenak.  Akhirnya  penantiannya  berakhir  apabila  dia  mendapati kekasihnya berada di sisi. Dengan menggunakan wangian  yang  sama  seperti  temanku mungkin dia tidak dapat mengesan bahawa  insan  disisinya  adalah aku. Aku terus memainkan peranan dan mendapat  respon  yang  baik  sekali  daripada  isteriku.  Aku  tidak mengeluarkan  suara sebaliknya aku lebih menumpukan pada tindakan ku. Maka  ubungan sulit antaraaku dan isteriku berlangsung pada pagi itu.
     
Dia   memuji   kehebatan  aku.  Setelah  tamat  permainan  kami  yang berlangsung  hampir dua jam.......aku pun enghidupkan lampu. Alangkah terkejut  dan  terpinga-pinga dia bahawa apa yang berlaku tadi adalah antara  aku  dan  dia.  Mulutnya  terkunci  tak  terkata  apa. Pucat, menggigil  dan  sebagainya.  Tetapi  aku  cool.  Aku tak cakap banyak sebaliknya  aku  tidur  kerana  aku sendiri pun keletihan... Sehingga hari  ini aku tidak memberi sebarang komen atas apa yang berlaku. Aku tidak  mahu menjelaskan apa-apa. Aku membiarkan keadaan dan peristiwa itu  berlalu  begitu  sahaja.

Sesungguhnya dia masih isteriku dan aku suami yg malang.

      Kesimpulannya.............jangan  sesekali  memberani  kan  diri  dlm
      membuat  sesuatu  hubungan  sulit  #######!!!???  !!!!  dan  melayari
      chatting.......Padah  akibatnya.....  kenapa  perempuan  lebih berani
      dari   lelaki?   Apakah  itu  tandanya  kiamat  telah  hampir  akibat
      ketidakpuashatian hak?

      Nauzubillah....

      Best Regards,

      JASRINA JAFFAR
      MIMOS R&D
      Technology Park Malaysia,
      57000 Kuala Lumpur, Malaysia.
      Tel : 03-89965000 ext:2191
      Fax : 03-86579403

To My Friends Who Are....?


1.To My Friends Who Are...........SINGLE

Love is like a butterfly . The more you chase it , the more it eludes you. But if you just let it fly, it will come to you when you least expect it. Love can make you happy but often it hurts , but love's only special when you give it to someone who is really worth it. So take your time and choose the best.

2.To My Friends Who Are............NOT SO SINGLE

Love isn't about becoming somebody else's "perfect person." It's about finding someone who helps you become the best person you can be.

3.To My Friends Who Are............PLAYBOY/GIRL TYPE

Never say "I love you" if you don't care. Never talk about feelings if they aren't there. Never touch a life if you mean to break a heart . Never look in the eyewhen all you do is lie. The cruelest thing a guy can do to a girl is to let her fall in love when he doesn't intend to catch her fall and it works both ways...

4.To My Friends Who Are............MARRIED

Love is not about "it's your fault", but "I'm sorry." Not "where are you", but "I'm right here." Not "how could you", but "I understand." Not "I wish you were", but "I'm thankful you are."

5.To My Friends Who Are............ENGAGED


The true measure of compatibility is not the years spent together but how good you are for each other.

6.To My Friends Who Are............HEARTBROKEN

Heartbreaks last as long as you want and cut as deep as you allow them to go. The challenge is not how to survive heartbreaks but to learn from them .

7.To My Friends Who Are............NAIVE

How to be in love: Fall but don't stumble, be consistent but not too persistent, share and never be unfair, understand and try not to demand, and get hurt but never keep the pain.

8.To My Friends Who Are............POSSESSIVE

It breaks your heart to see the one you love happy with someone else but it's more painful to know that the one you love is unhappy with you.

9.To My Friends Who Are............AFRAID TO CONFESS

Love hurts when you break up with someone. It hurts even more when someone breaks up with you. But love hurts the most when the person you love has no idea how you feel.

10.To My Friends Who Are............STILL HOLDING ON

A sad thing about life is when you meet someone and fall in love, only to find out in the end that it was never meant to be and that you have wasted years on someone who wasn't worth it. If he isn't worth it now he's not going to be worth it a year or 10 years from now. Let go.....

11.TO ALL MY FRIENDS.......

My wish for you is a man/women whose love is honest, strong, mature, never-changing, uplifting, protective, encouraging, rewarding and unselfish.


====Don't be sad, don't be angry, if life deceives you!
Submit to your grief; your time for joy will come, believe me..
- Alekandr Sergeyevick Pushkin -====

My Babbling

Advice (27) Akhlak (40) Al-Quran (24) Allah (19) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (17) Dua' (14) Education (53) Family (34) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (56) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (222) Parents (13) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)